Sementara itu, Yuna juga mengulas mengenai pembabitannya sebagai salah satu juri program Gimme The Mic bersama Ajai, Hael Husaini dan Bunga Citra Lestari.
Bercakap mengenai tanggungjawabnya sebagai juri, Yuna berkata dia teruja untuk berada dalam program mengetengahkan ramai bakat seperti dirinya yang berusaha mencari ruang di platform media sosial.
“Sebenarnya keputusan saya untuk sertai program ini saya tidak fikir panjang, mungkin sebab saya tahu saya nak balik Kuala Lumpur dan sebelum ini saya memang terima banyak tawaran menjadi juri, tapi tidak berkesempatan untuk buat perkara menyeronokkan ini di sini sebab saya di Los Angeles.
“Untuk saya buat program sebegini saya kena duduk di sini lebih kurang dua bulan, sebab sudah tentu saya nak bagi komitmen terbaik.
“Saya sukakan idea yang mana kita mencari ‘raw talent’, bukannya untuk artis yang sudah ‘established’, kita boleh tengok bakat yang menarik. Itu yang buat saya mahu jadi sebahagian dari program ini sebab saya nampak diri saya sebagai peserta, itu yang saya cakap mereka, jom buat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna berkata dia juga akan tampil dengan beberapa lagu baharu selain berharap untuk menjayakan lebih banyak program amal.