Hiburan
"Itu Bukan Rambut Saya" - Yuna Perjelas Salah Faham Konsep Rambu-Ramba Keluar Tudung
Tanda tanya netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi, Yuna tampil memberikan penjelasan mengenai helaian rambu ramba yang kelihatan di tudungnya semasa menjadi wajah muka hadapan untuk majalah EH.
Hanya salah faham, bukan rambut
Yuna menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya memaklumkan helaian yang berada di sekitar wajah itu bukanlah rambutnya seperti dakwaan sesetengah netizen.
“Itu bukan rambut saya tetapi memandangkan saya telah mendapat perhatian anda, jangan berhenti bercakap tentang Palestin.
“Seperti yang anda semua tahu, saya telah memutuskan bahawa saya hanya melakukan penggambaran fesyen dengan memakai busana pereka tempatan atau pereka tempatan berbicara tentang Palestin mulai sekarang,” jelasnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya berpuas hati dengan penjelasan itu dan berterima kasih kepada Yuna kerana masih aktif bercakap mengenai Palestin.
Antara komen yang diterima:
“Sekurang-kurangnya dia bercakap tentang Palestin, yang lain terbuai indah jemputan jenama terkemukan yang sokong Zionis,”
“Bagus betul Yuna, non stop ingatkan dunia mengenai Palestin, sentiasa jaga diri okay,”
“Terima kasih Yuna kerana selalu bercakap mengenai Palestin,”
Must-Watch Video