Laman Utama

Fesyen Syafinaz Selamat Sentiasa Memukau, Pilih Modern & Younger; “Sebenarnya Saya Ini Seorang Yang…”

Asyikin Mayudin
19/10/2022
13:55 MYT
Bukan saja tidak sabar untuk menonton persembahan peserta, peminat juga ternanti-nanti penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 Datuk Syafinaz Selamat setiap minggu.
Berkongsi mengenai fesyennya, Syafinaz memberitahu dia sebenarnya seorang yang lebih gemar memakai seluar ‘jeans’ dan ‘tshirt’ apabila keluar berjalan-jalan.
“Sebenarnya saya ini seorang yang simple… kalau hari-hari kan, pakai jeans dan tshirt saja. Tapi memandangkan sekarang dah gemuk sikit, jeans saya semua tak muat.
“Nak cerita fasal fesyen ni, saya memang suka fesyen dari dulu. Mungkin sekarang ini, saya buat just for fun. Kadang-kadang kita dah bosan buat benda sama.
“Kita tengok zaman sekarang lebih suka bermain dengan solekan, jadi kita cuba. Tak salah nak mencuba… tapi saya tetap menjadi diri saya.Kalau dulu-dulu, kebanyakkan baju saya sendiri.
“Tapi sebab badan dah naik, walaupun baru beli dah tak muat. Jadi, saya minta stylish yang buatkan semua untuk saya. Lebih mudah, tak payah fikir,” kata Syafinaz kepada Gempak.
Syafinaz ditemui ketika majlis sidang media Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Kementerian Komunikasi & Multimedia pada Selasa.
Sementara itu, Syafina berkata dia dan team akan berbincang mengenai penampilannya yang akan digayakan setiap minggu di GV9.
“Setiap minggu saya dan team akan berbincang untuk gaya saya. Setiap orang akan beri idea dari segi solekan, pakaian dan rambut.
“Bagi saya, sangat seronok dan saya suka sebab macam kita main siap-siap. Selalunya saya akan beritahu apa saya nak. Saya akan tengok style dekat pinterest untuk rujukan.
“Tapi kalau nak suruh saya buat sendiri, saya malas. Kalau hari-hari tak ada acara, foundation pun tak ada. Hanya pakai loose powder, maskara dan lip gloss saja,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Gaya Hidup

"Rasa Sakit Hati, Orang Tak Hormat Kedudukan Tanjak Atas Kepala" - Farel Mikhail.

gempak
11/07/2024
13:45 MYT
Pereka fesyen Farel Mikhail menyelar tindakan segelintir individu yang mempermainkan dan melacurkan budaya, tradisi dan warisan kebangsaan dengan cara yang tidak sepatutnya.
Berita

Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

gempak
11/07/2024
11:44 MYT
Mahkamah Tinggi di sini telah memerintahkan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.