TERKINI

Fikry Ibrahim Sudah Terima Surat Permohonan Cerai - “Pihak Kami Telah Serahkan…”

Ainun Md Zooki 19/06/2025 | 04:22 MYT
Peguam yang mewakili Siti Khalizah Alihan, Wan Muhammad Afiq, memaklumkan pihak defenden iaitu Fikry Ibrahim telah menerima surat saman cerai yang dikemukakan oleh anak guamnya.

Surat dah diterima

Jelas peguam itu, surat saman berkenaan telah diserahkan kepada pihak Fikry Ibrahim dan diterima secara langsung.

“Surat saman, pihak kami telah serahkan pada pihak defenden.

“Pihak defenden yang sendiri menerima surat saman tersebut,” katanya kepada Gempak.

Luar bidang kuasa

Mengulas dakwaan Fikry tidak mengetahui mengenai kes penceraian ini, Wan Muhammad Afiq enggan mengulas lanjut dan menyatakan perkara itu di luar bidang kuasanya.

“Itu tidak boleh berikan sebarang komen dari pihak defenden sama ada dia nak lantik peguam atau tidak itu bergantung pada pihak beliau,” jelasnya.

Untuk info, surat saman itu merupakan tuntutan permohonan perceraian yang difailkan Siti Khalizah pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Pada Khamis, isteri Fikry iaitu Siti Khalizah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama permohonan perceraiannya terhadap pelawak itu.

Peguam yang mewakili Khalizah iaitu, Wan Muhammad Afiq, memberitahu Fikry tidak hadir ke mahkamah dan akan menetapkan tarikh baharu pada September nanti.

Tambahnya lagi, punca perceraian mereka berlaku disebabkan tidak mempunyai ketidaksefahaman antara mereka.

Wan Muhammad Afiq turut berkongsi Khalizah telah menfailkan perceraian pada sekitar bulan Mei lalu.

Fikry ketika dihubungi Gempak bagaimanapun memberitahu dia tidak mengetahui tentang kehadiran isterinya di mahkamah selain memaklumkan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

#pelakon #Pelawak #cerai #Fikry Ibrahim #artis cerai #Khalizah Alihan #Siti Khalizah