Hiburan

Filem Backstage Tampilkan Kolaborasi Hebat Dua Negara

gempak
Asraf Aided
13/03/2020
09:30 MYT
Sponsor Banner
Filem Backstage Tampilkan Kolaborasi Hebat Dua Negara
Astro Shaw terus progresif dalam memacu agenda mempelopori industri perfileman dengan inisiatif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.
Terbaru, Astro Shaw berkolaborasi dengan penerbit dari Indonesia yang menerbitkan filem hebat Gundala iaitu Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures serta pelabur dari Endeavor Content dan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX) dengan sokongan oleh Tokopedia dalam menghasilkan sebuah filem terbaru berjudul Backstage.
Backstage mengangkat tema saudara perempuan (sisterhood) dan muzik yang amat dekat dengan citarasa peminat dan penonton di Indonesia dan Malaysia.
Filem ini diarahkan oleh pengarah filem ‘Ayat-ayat Cinta 2’ (3.6 juta penonton di pawagam), ‘Assalamualaikum Beijing’, ‘Purple Love’, Guntur Soeharjanto.
Lebih mengujakan, Astro Shaw berpeluang bekerjasama dengan bintang-bintang dari seberang seperti gabungan adik beradik terkenal Sissy Priscillia dan Vanesha Prescillia. Sissy Priscillia merupakan pelakon yang membintangi francais filem cinta remaja popular Indonesia iaitu Ada Apa Dengan Cinta, Ada Apa Dengan Cinta 2 dan Milly & Mamet.
Manakala, Vanesha Prescilla adalah pelakon dari filem romantik nombor satu Indonesia, Dilan 1990 dan Dilan 1991.
Ini juga merupakan kali pertama dua figura adik beradik ini bergandingan di layar perak, dan menjadi fenomena apabila peminat di Indonesia begitu teruja dengan pengumuman yang telah dibuat pada sidang media majlis pelancaran filem itu di Indonesia.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro Shaw rasa amat berbesar hati kerana terlibat dalam pembikinan filem Backstage dan berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan penerbit terkemuka dari Indonesia iaitu Ideosource Entertainment dan Paragon Pictures serta kru dan pelakon-pelakon yang berbakat besar.
“Astro Shaw percaya pada konten dan jalan cerita filem yang baik mampu menarik perhatian penonton dalam skala yang lebih besar.
"Kami komited untuk bekerjasama dengan rakan penerbit yang memiliki visi dan idea yang sama dalam menghasilkan filem yang menarik dari pelbagai genre.
"Dengan gabungan pengalaman serta kepakaran, ini memberi ruang buat kami untuk bertukar pendapat dan input. Sebagai peneraju filem di Malaysia, kami harap lebih banyak kerjasama seumpama ini dapat terjalin di masa akan datang," ujarnya.
Backstage akan ditayangkan di Indonesia bermula Jun 2020 manakala di Malaysia di jangka Julai 2020.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Backstage, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw, Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024