,
Filem

Filem Furiosa & Garfield Tak Capai Sasaran, Menjadi Filem Dengan Rekod Terburuk Berbanding Box Office Tahun 2023

Firdaus
29/05/2024
09:02 MYT
Tahun 2024 bukan tahun yang baik untuk Hollywood, apabila dua filem yang dijangka menjadi blockbuster tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Catat Rekod Terburuk

Menurut laporan TMZ, filem berjudul Furiosa: A Mad Max Saga dan The Garfield Movie kedua-duanya gagal dengan masing-masing memperolehi ASD32 juta (RM149, 760,000) dan ASD31.1 juta (RM145,080,000) di mana rekod tersebut jauh lebih teruk berbanding box office tahun sebelumnya.
Walaupun Furiosa berada di tangga pertama, rekod yang ditetapkan sangat berbeza dengan filem The Little Mermaid tahun lepas yang mengaut sebanyak ASD117 juta (RM547,560,000) seminggu selepas tayangan.

Tak Boleh Lawan Pencapaian Top Gun

Manakala, Top Gun: Maverick yang ditayangkan pada tahun 2022 memecah rekod box office di mana filem tersebut berjaya meraih ASD160 juta (RM748,800,000) hanya dalam masa empat hari tayangan.
Pencapaian Top Gun: Maverick itu membuatkan ramai orang mula memberi kredit terhadap Tom Cruise, teraju utama filem berkenaan sebagai penyelamat industri panggung wayang di mana majoriti terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. \

BERITA TRENDING: Filem The Experts Ungguli Box Office, 4 Hari Tayangan RM5 Juta!

Dalam pada itu, laporan turut menjangkakan bahawa filem Deadpool & Wolverine bakal mengungguli carta box office musim panas ini apabila berjaya memperoleh ASD8 juta jualan tiket awal.
Sumber: TMZ
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas

gempak
28/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah akui selesa digandingkan bersama aktor, Alif Satar dalam filem ‘Reeza GTR’.
Filem

Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

gempak
25/09/2024
13:55 MYT
Biarpun trailer baharu saja dikeluarkan, rata-rata pencinta filem tempatan seakan tidak sabar untuk menantikan filem komedi paling pecah perut tahun ini, Don Dukun.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Joker: Folie A Deux

gempak
25/09/2024
10:00 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Filem

”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

gempak
24/09/2024
05:55 MYT
Selepas menjadi seorang polis dalam Sheriff, kini aktor Zul Ariffin bergelar seorang dukun pula. Biar betul?
Hiburan

Sanggup ‘Terbang’ Sekali Seminggu Untuk Kelas Berlakon, Syamim Freida Syukur Terima Tawaran Filem Produksi Indonesia - “Ini Untuk Growth Saya..”

gempak
23/09/2024
11:55 MYT
Sempena 10 tahun dalam industri seni, pelakon, Syamim Freida sanggup ‘terbang’ ke negara seberang demi menimba ilmu lakonan.
BorakSeeni