Berita
Filem Jebat Dapat Perhatian Peminat Dari Negara Jiran, Ramai Teringin Nak Tonton, Tapi...
Filem Jebat yang menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose terus mencuri tumpuan ramai.
Bukan sahaja menjadi bualan peminat di negara ini, bahkan, kemunculan mereka menerusi filem arahan Jamal Khan itu juga mendapat perhatian peminat dari negara jiran.
Rata-rata peminat dari Indonesia dan Singapura meluahkan hasrat mereka untuk menonton filem yang diangkat menerusi drama bersiri popular, Bukan Kerana AKu Tak Cinta itu.
Bahkan, ramai yang berharap agar filem tersebut dapat ditayangkan di negara jiran untuk peminat mereka di sana.
"Yang di Indonesia macam mana pula abang Sharnaaz, nak tengok jugalah..
"Sedih sebab di Singapura tak dapat tengok.
"Tayangnya di bioskop (panggung wayang) ya?. Suka drama ini dulu, boleh tonton di mana sekarang?
"Bestlah abang Sharnaaz, tapi di Indonesia tak dapat. Kalau dapat pasti lebih lagi yang menonton filem Jebat ya tak?
"Tidak bisa nonton Jebat..seandainya ada di YouTube.
"Bukan pelanggan Astro di luar Malaysia tak boleh tengok..urghh," komen sebahagian peminat mereka di Instagram.
Apapun, bagi peminat yang berada di luar negara, apa kata anda ambil 'mood' Jebat terlebih dulu dengan menonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
Kesemua 59 episod boleh ditonton secara percuma sahaja. Jadi, yang berada di luar Malaysia pun boleh tonton ya guys!
Terdahulu, filem Jebat yang menemui penonton bermula 3 September lalu menerima sambutan menggalakkan apabila berjaya mencatat kutipan tayangan sebanyak RM2 juta.
Dalam pada itu, bagi anda yang belum menyaksikan Jebat, jom tonton di Astro First menerusi saluran 480 hari ini!
BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video