,
Hiburan

Filem Kenegaraan Paling Laris Dalam Sejarah Perfileman Tempatan, Jom Semak 6 Impak Besar PASKAL The Movie!

Kamaruddin Razal
29/10/2018
14:18 MYT
Filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh telah menerima kutipan lebih RM27.3 juta dalam tempoh 32 hari tayangan.
Ia berjaya membuktikan filem berbentuk kenegaraan sebegini mampu menarik minat penonton di luar sana.
Melihat dari segi kutipan, filem ini berjaya menduduki carta pertama filem kenegeraan yang paling laris dalam sejarah perfileman negara.
Dalam pada itu, filem yang mengangkat pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL) ini juga dilihat mampu menyuntik semangat cintakan negara.
Gempak senaraikan beberapa impak besar yang berjaya diperoleh oleh PASKAL The Movie:
1. Peratusan Naik, Ramai Nak Join TLDM!
Filem ini berjaya mendorong lebih ramai anak bangsa di luar sana untuk menyertai pasukan unit khas ini.
Terbaru, menerusi laporan pengambilan perajurit muda TLDM di negeri Kelantan meningkat sebanyak 38% (lalu 510 dan terkini 824), manakala di negeri Pulau Pinang peningkatan sebanyak 40.7% (lalu 427 dan terkini 601).
Panglima Tentera Laut Diraja (TLDM) , Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyifatkan peningkatan drastik sebanyak 40% yang hadir untuk pemilihan bagi pengambilan perajurit muda TLDM adalah selepas kehadiran filem PASKAL The Movie.
Beliau juga amat berpuas hati dengan sentuhan pengarahnya, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM.
2. Kerabat Diraja Juga Menggemarinya, Mahu PASKAL The Movie 2!
Seminggu sebelum tayangan, DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hadir bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bagi menyaksikan filem ini secara eksklusif. Turut hadir pada majlis itu ialah DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Ia disusuli dengan kehadiran Adinda kepada Yang Dipertuan Agong Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan menghadiri majlis tertutup untuk menyaksikan filem arahan Adrian Teh ini.
Tenaga produksi juga amat berbesar hati apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Permaisuri Besar Negeri Sembilan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud juga telah menonton filem ini apabila baginda menghadiri tayangan eksklusif bersama para pelakon dan pengarah di GSC, The Gardens.
Bukan sahaja dipuji ramai penonton di tanah air, malah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut memuji aksi yang dipamerkan dalam filem ini selepas berkenan berangkat ke tayangan khas PASKAL The Movie.
Baginda turut berharap agar PASKAL The Movie mempunyai kesinambungan kedua pada masa akan datang memandangkan aksi dan pendedahan mengenai PASKAL jarang sekali didedahkan.
3. Jadikan Bahan Mengajar Di Sekolah!
Lebih istimewa Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah menonton filem berdurasi 115 minit ini menyarankan ia boleh dijadikan bahan mengajar di sekolah kerana ia sebuah filem yang baik untuk dijadikan contoh untuk di paparkan kepada anak-anak.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sempat meluangkan masa menonton filem ini!

JOM TENGOK PASKAL BERSAMA SAYA & ARMADA! Selaku lepasan pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), sudah pastilah filem mengenai ketenteraan amat dekat di hati saya. Lebih-lebih lagi ramai yang memperkatakan filem PASKAL ini mengangkat nilai perjuangan, keberanian dan persahabatan untuk pengajaran bersama. Justeru, Armada BERSATU ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menonton karya hebat ini! Armada payung semua. (FREE) :-) Butiran program adalah seperti berikut; Tarikh: 25 Oktober 2018 Masa: 8 malam Tempat: GSC, Nu Sentral Ayuh ramai-ramai memeriahkan sesi tayangan ini. Dengar kata ada cabutan bertuah dan 'kejutan' istimewa buat para penonton. Daftar kehadiran anda, link di profile! #YouthPower #ArmadaPaskal

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

4. Sentuh Hati Ramai Pihak... Orang Umum Serta Rakan-Rakan Selebriti!
Apa yang paling membanggakan, filem ini dapat menyentuh hati ramai pihak, termasuklah orang ramai serta rakan-rakan selebriti tempatan. Filem ini memberi kesedaran mengenai semangat cintakan negara.
Ribuan maklum balas positif yang diterima di laman sosial serta ramai juga yang melakukan parodi #PASKALChallenge.
5. Figura Filem Antarabangsa Juga Tonton PASKAL The Movie!
Lebih membanggakan PASKAL The Movie turut ditonton oleh pelakon antarabangsa; mereka ialah aktor popular Hong Kong, Eric Tsang dan selebriti kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh yang turut memuji filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sertai Perbarisan Merdeka Paskal, Hafizul Kamal Raih Sorakan Orang Ramai! - “Tabik Hormat Pada Panglima & Agong”

gempak
01/09/2022
09:50 MYT
Momen paling berharga.
Laman Utama

“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang

gempak
21/02/2022
12:40 MYT
Tahniah Taufiq!
Laman Utama

“Alamak Ini Bukan PASKAL, Ini PASRAH” - Gambar Hairul Azreen & Ammar Alfian Buat Ramai Berdekah!

gempak
24/05/2021
12:16 MYT
Kreatif betul!
Hiburan

“Tutup Tahun 2020 Dengan Gambar Al-Quran” - Ammar Alfian Khatam Al-Quran Kali Ketiga

gempak
22/12/2020
08:05 MYT
Alhamdulillah...
Hiburan

"Sepanjang Kami Couple & Selepas Hidup Bersama Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab Kami Segan" - Hairul Azreen

gempak
14/12/2020
01:15 MYT
Lagi bersemangat la bila dapat kunjungan isteri kat set penggambaran..