HIBURAN

Filem ‘Martabat Misi Berdarah’ Bukan Nak Sindir Penggiat Seni - “Apa Yang Jadi Kebimbangan Saya Adalah…”

Asyikin Mayudin 22/06/2025 | 07:55 MYT
Pelakon Zahiril Adzim memberitahu filem arahan pertamanya iaitu Martabat Misi Berdarah bukan bertujuan untuk menyindir mana-mana penggiat seni.

Bukan menyindir

Apa yang dipaparkan sememangnya terjadi dalam industri seni, Zahiril bagaimanapun berharap penonton memahami lawak jenaka dalam filem tersebut.

“Saya sejenis yang bukan nak menyindir atau bagi orang terasa, malah yang tengok malam gala filem ini pun ramai pelakon juga. Mereka dapat rasa filem itu ‘relate’ dengan mereka.

“Tapi yang menjadi kebimbangan saya adalah adakah penonton di luar dapat terima. Sebab filem ini banyak lawak-lawak dalam industri.

“Tapi kita cuba ringankan supaya penonton di luar yang tak ada kena mengena dengan industri pun mudah faham.

“Kalau mereka tak faham pun mungkin mereka akan nampak apa yang terjadi dalam industri, itu la masalah yang dihadapi pelakon dan kru produksi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Martabat Misi Berdarah: Pertama Kali Jadi Pengarah Filem, Zahiril Adzim Saja Cari ‘Masalah’ - “Saya Tahu Benda Ini Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Seharian Makan Sardin, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Kerja Dengan Produksi Bermasalah - “Saya Mula Rasa Pelik Apabila…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Ketika Makan, Ini Respons Zahiril Adzim - “Selama Ini Pun Saya Ingat Macam Itu Tapi Rupanya…”

Martabat Misi Berdarah merupakan filem pertama arahan Zahiril bersama pengarah terkenal, Adrian Teh yang turut dibarisi pelakon seperti Fad Bocey, Nafiez Zaidi, Shiqin Kamal dan Elvina Chua.

Filem terbitan ACT 2 Pictures dan diedarkan oleh GSC movies serta Astro Shaw itu juga dibintangi oleh Michael Ang, Emma Maembong, Iedil Putra, Nelissa Nizam, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Filem ini sudah berada di pawagam bermula 12 Jun lalu.

#Zahiril Adzim #Penggiat Seni #Martabat Misi Berdarah