Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menerima komen dan respon yang positif daripada penonton selepas ditayang pada 23 April lalu.

Rata-rata suka dengan jalan cerita filem tersebut yang dikatakan penuh berkait dengan kehidupan diri dan keluarga di atas muka bumi ini.

Malah ramai yang menyatakan filem berkisarkan keluarga ini adalah yang terbaik pernah ditonton.

Berikut antara komen penonton yang diluahkan menerusi laman sosial:

"Sebab ayah dia tu macam tak logik tapi pernah jumpa dengan orang yang nak kawal semua benda jadi macam logik juga la.

"Jalan cerita hebat. Saya seronok menikmati persembahan lakonan. 100% berkait, saya yakin pasti menangis kalau kau bukan anak tunggal.

"Sekali lagi saya menangis ketika menonton NKCTHI untuk taktahu berapa banyak kali. Babak dekat acara pertama Aurora tu memang sedih," antara komen penonton.

NKCTHI dibarisi pelakon hebat daripada Indonesia, iaitu Rio Dewanto, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Ardhito Pramono, Donny Damara, Susan Bachtiar dan ramai lagi.

Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Siapa yang dah tengok #NantiKitaCeritaTentangHariIni? Kalau belum ni Min nak ajar bagaimana cara untuk melanggan filem ini. Senang je tau! #NantiKitaCeritaTentangHariIni di Pawagam Rumah Anda, Astro First mulai HARI INI. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKCTHI #MyNKCTHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on