Filem

Filem Power Rangers Tetap Ditayangkan Esok - TGV

Syafiqah Jalal
22/03/2017
10:12 MYT
Filem Power Rangers akan diteruskan tayangan pada hari esok (23 Mac) seperti yang telah dijadualkan.
Pengesahan itu dibuat oleh wakil TGV Cinemas menerusi kenyataan media petang tadi.
"Kami ingin maklumkan bahawa filem Power Rangers akan ditayangkan seperti yang telah dijadualkan (23 Mac 2017)!
"Tempoh tayangan adalah 124 minit tanpa sebarangan potongan dengan klasifikasi P13," jelas wakil TGV Cinemas.
Filem tersebut telah mengundang perdebatan di media sosial semalam selepas pengarahnya, Dean Israelite mendedahkan naskhah itu menampilkan watak adiwira lesbian buat kali pertama di layar perak.
Menerusi laporan media pagi tadi, jurucakap TGV Pictures turut menjelaskan filem itu sudah melepasi sesi saringan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan tiada masalah untuk ditayangkan.
Selepas Beauty and the Beast, filem itu mencetuskan kontroversi yang hampir sama apabila watak Yellow Ranger, Trini (lakonan Becky G) dilaporkan menghidapi kekeliruan seksual.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"

gempak
05/03/2024
13:54 MYT
Pengarah drama Khunsa, Shahrulezad Mohameddin terharu menerima sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi lain antaranya WAFIQ, USIM dan doktor pakar PPUKM.
Laman Utama

TGV Cinemas Pavilion Bukit Jalil Pawagam Pertama Malaysia Ada IMAX Dengan Laser System! Semak Apa Lagi Yang Best Kat Sini

gempak
10/11/2023
14:26 MYT
TGV Cinemas meraikan pelancaran lokasi terbaru mereka, TGV Pavilion Bukit Jalil
Laman Utama

Miliki Jam Tangan Swatch LGBT Satu Kesalahan! Pemilik Boleh Dipenjara, Denda Hingga RM20,000

gempak
11/08/2023
07:40 MYT
Akan didenda dan boleh dipenjara.
Laman Utama

MP Pembangkang Cadang LGBT Dikategorikan Masalah Mental

gempak
24/05/2023
10:25 MYT
Setuju atau tidak?
Laman Utama

Pelakon ‘Power Rangers’, Jason David Frank Meninggal Dunia, Didakwa bunuh diri

gempak
21/11/2022
01:55 MYT
Pasti ramai akan merindui Jason David Frank...