Filem aksi seram popular Korea Selatan, Train To Busan bakal kembali ke pawagam dengan sekuel keduanya.

Filem kedua ini dikenali dengan nama ‘Bando’ yang bermaksud semenanjung.

Filem ‘Bando’ menceritakan kisah empat tahun kemudian selepas tragedi kereta api dari Seoul ke Busan dilanda serangan zombi.

Namun, filem sekuel ini tidak akan menampilkan pelakon lama yang terselamat

Filem ‘Bando’ bakal dibintangi barisan pelakon yang baru antaranya Kang Dong Won sebagai pelakon lelaki utama disamping Lee Jung Hyun.

‘Train To Busan’ yang dikeluarkan pada tahun 2016 cemerlang dengan kutipan berjumlah USD 87 juta (RM359 juta).

Pencapaian hebatnya bukan sahaja tercatat di dalam Korea Selatan sahaja malah turut menjadi filem pecah panggung dunia.

Filem pertama menceritakan serangan virus yang menjadikan manusia bertukar menjadi zombi.

Ia menyerang kereta api yang bergerak dari Seoul ke Busan dan hanya seorang ibu mengandung bersama anak perempuannya terselamat.