Finalis Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim Pernah Dicadangkan Untuk Buat Pembedahan Plastik - “Kecantikan Itu Lahir Dari Dalaman”
Ainun
07/08/2024 06:55 MYT
07/08/2024 06:55 MYT
Salah seorang finalis untuk Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim mendedahkan bentuk badannya pernah menjadi perhatian disebabkan kelihatan maskulin namun ia bukanlah menjadi sesuatu yang diutamakan.
Sentiasa bersedia dengan kecaman, model yang berusia 23 tahun ini bagaimanapun berkata setiap manusia mengetahui batasan diri sendiri selain mengutamakan kesihatan mental untuk meneruskan kehidupan harian.
“Sudah semestinya (bersedia dikecam), sebab saya rasa semua orang ada pendapat masing-masing dan saya pernah menjadi atlet sejak saya kecil lagi dan saya pernah dikutuk disebabkan memiliki bentuk badan yang agak maskulin.
Sentiasa bersedia dengan kecaman, model yang berusia 23 tahun ini bagaimanapun berkata setiap manusia mengetahui batasan diri sendiri selain mengutamakan kesihatan mental untuk meneruskan kehidupan harian.
“Sudah semestinya (bersedia dikecam), sebab saya rasa semua orang ada pendapat masing-masing dan saya pernah menjadi atlet sejak saya kecil lagi dan saya pernah dikutuk disebabkan memiliki bentuk badan yang agak maskulin.
“Tapi bagi saya, kalau anda memahami diri sendiri dan tahu tujuan hidup anda, itu tidak akan menganggu fikiran anda. Terus lakukan sebegitu kerana anda tahu apa yang anda mahukan”, katanya kepada Gempak.
Sandra Lim ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman finalis Miss Universe Malaysia 2024 di Hotel The Majestic Kuala Lumpur pada Isnin.
Biarpun pernah menerima komen mencadangkan untuk dia mengubah bentuk badannya, namun bagi Sandra, kecantikan itu lahir dari dalaman bukannya luaran.
“Dulu saya seorang atlet dan bentuk badan saya sedikit maskulin. Saya pernah mendapat komen yang menyatakan ‘oh awak patut lakukan pembedahan untuk ubah bentuk badan awak untuk melihat lebih menawan’.
“Tapi bagi saya, kecantikan itu lahir dari dalaman yang awak tonjolkan. Itulah tujuan sebenarnya kecantikan dari dalaman dan luaran bukanlah dari penampilan,” jelasnya.
Sukan
Melanjutkan bicara, Sandra turut mendedahkan dia seorang yang aktif bersukan dan menganggap itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan fizikal serta mental.
“Saya seorang yang aktif bersukan. Saya memang suka bersukan. Hampir setiap hari saya akan bersukan.
“Saya rasa sukan bukanlah hanya untuk membantu dalam kesihatan dalam badan tapi juga untuk kesihatan mental. Antara sukan yang saya lakukan adalah seni mempertahankan diri, jogging, dan badminton”, kongsinya.
BERITA TRENDING: Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"
BERITA TRENDING: Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”
BERITA TRENDING: Gagal Capai Kata Sepakat, Kes Saman Penulis Skrip Sekali Lagi Cinta Kembali & Amelia Henderson Bakal Diteruskan Di Mahkahmah
BERITA TRENDING: Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”
Sekadar info, Sandra Lim juga seorang pelakon yang pernah membintangi drama Hong Kong dan juara Miss Global 2023.