Teka teki berhubung rekaan terbaru iPhone akhirnya terjawab apabila Apple Inc mengumumkan tiga model baru mereka semalam.

Model tersebut termasuklah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Apple iPhone 11 dilengkapi skrin 6.1 inci,
iPhone 11 Pro 5.8-inci, sementara iPhone 11 Pro Max pula hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci.

IPhone 11 menggunakan skrin jenis LCD Liquid Retina Display manakala dua model pro lain menggunakan skrin OLED yang turut menawarkan sokongan HDR.

Pada bahagian kamera, iPhone 11 menggunakan dua kamera 12MP yang mana satu daripada adalah lensa sudut ultra lebar.

Model pro pula dilengkapi tiga lensa iaitu kamera utama 12MP, kamera telefoto 12-megapixel, dan juga kamera ultra-lebar 12-megapixel.

Ketiga-tiga model dikuasakan cip Apple A13 Bionic, yang mana kini lebih 20% berkuasa berbanding A12 tahun lepas.

Di Malaysia, iPhone 11 dijangka dijual pada harga RM3,399 untuk 64GB, RM3,599 untuk 128GB dan RM4,099 untuk 256GB.

Model iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max pula akan ditawarkan dalam pilihan storan 64GB, 256GB dan 512GB.

Harga ditawarkan bermula RM4,899 untuk iPhone 11 Pro, sementara model iPhone 11 Pro Max akan ditawarkan pada harga bermula RM5,299.