Peminat drama bersiri Adam & Hawa melahirkan rasa keterujaan selepas mendapat tahu drama tersebut mempunyai kesinambunganya yang bakal ditayangkan dalam Filem Dekatnya Cinta.

Rata-rata akui tidak sabar menanti untuk menonton Dekatnya Cinta yang bakal ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 13 Mei ini.

“Allahuakbar!!! Cerita favourite sepanjang zaman dah ada kesinambungannn…sejak dari tu lah peminat Nadiya Nisaa,” komen salah seorang netizen.

“Finally yang ditunggu selamanya, akhirnya muncul juga kesinambungan kisah cinta Adam Mukhriz dan Ain Hawany,” kata salah seorang warga maya.

“Nadiya nisaa… Lakonan sangat besttt!!!” puji salah seorang warga net.

Rata-rata memberi komen yang positif selepas menonton teaser serta Special Klip yang ditayangkan di Youtube.

Dekatnya Cinta sekali lagi menampilkan aktor hebat Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisa sebagai peneraju utamanya.

Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.

Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.