,
Hiburan

FINAS Kecewa Platform E-Dagang Jual Filem Cetak Rompak, 'Keluarga Iskandar' Antara Mangsanya

Kamaruddin Razal
03/08/2020
09:56 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sedang membuat siasatan berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang, lapor Astro AWANI.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.
Beliau menjelaskan pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit yang menjual filem-filem cetak rompak secara digital.
"Kami akan menyiasat dua pihak iaitu pihak e-dagang dan mereka yang menjual filem-filem tersebut.
"Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem-filem tersebut.
"Berdasarkan laporan yang kami terima, mereka tidak mendapat kebenaran dari penerbit untuk menjual filem-filem tersebut," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Ahmad Idham menjelaskan pihaknya akan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak e-dagang berkenaan sama ada mereka mengetahui bahawa produk yang dijual itu asli atau tidak.
Selain itu, beliau juga menegaskan Finas rasa tercabar apabila ada pihak yang berani menjual filem-filem cetak rompak secara terbuka.
"Kita nak tahu sama ada pihak-pihak platform e-dagang ini, sama ada mereka tahu atau tidak bahawa produk-produk yang dijual itu setengahnya adalah produk cetak rompak.
"Jadi kita (Finas) rasa tercabar apabila mereka secara terbuka menjual filem cetak rompak itu," katanya lagi.
Beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dan Ada Apa Dengan Dosa dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas dari pihak Shopee berhubung perkara tersebut.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

Urusan Permohonan Rumah PPR Berjalan Lancar, Zaiton Sameon: "Kemungkinan Dapat Menginap Di Situ Tidak Lama Lagi"

gempak
08/04/2024
02:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Isu Letak Kalimah Allah, FINAS Arah Tarik Balik & Tukar Poster Filem Sijjin

gempak
27/12/2023
05:25 MYT
FINAS arah talik balik poster.
Laman Utama

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni

gempak
01/06/2023
06:35 MYT
Dapat notis 24 jam.