Laman Utama

“First Time Dia Tumbang,” - Isteri Syukur Fad Selamat Terima Rawatan Slip Disc, Ramai Doa Cepat Sembuh

gempak
Mya Amri
09/07/2022
02:49 MYT
Sponsor Banner
“First Time Dia Tumbang,” - Isteri Syukur Fad Selamat Terima Rawatan Slip Disc, Ramai Doa Cepat Sembuh
Pelawak Fad Bocey selamat menjalani rawatan akibat penyakit slip dics yang dialaminya.
Berita itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Syahirah A Rahman menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah, he’s here,” tulisnya ringkas.
Hantaran di bahagian Insta Story itu juga disertakan dengan beberapa foto Fad yang sedang terbaring di atas katil hospital.
Dalam pada itu, Syahirah juga berkongsi ini merupakan kali pertama suaminya berdepan dengan sakit yang agak teruk.
“First time dia tumbang, selalu yang memang penyakit ni kita. Bila tengok dia tak tahan semalam memang dah agak something tak kena.
“Went through MRI as what @drshahirpain suggest. Rupanya slip disc dia dah teruk. L5 dengan S1.
“Doakan buat dia moga semuanya dipermudahkan dan hero kami kembali sihat kuat,” coretnya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan ucapan yang mendoakan kesembuhan Fad.
Terdahulu, Syaheera dan Fad mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan kembar, Adrazin Hayyan dan Adrazin Dayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live