Laman Utama

Fizi Ali Cepat Move On, Yonnyboii Ditegur, Fendy Bakri Dakyah Apa Pulak? - Panas! Recap Lima Cerita Menarik Hari Ini

gempak
Azwa Rahman
11/03/2022
15:03 MYT
Sponsor Banner
Fizi Ali Cepat Move On, Yonnyboii Ditegur, Fendy Bakri Dakyah Apa Pulak? - Panas! Recap Lima Cerita Menarik Hari Ini
Esok dah Sabtu guys! Malam ni kalau tak buat apa, jom recap lima kisah panas dan menarik hari ini.
#1. Fizi Ali jawab dakwaan cepat move on dan cari pengganti.
“Di TikTok tu mungkin ada yang dah salah faham. Itu adalah kawan saya sebenarnya.” - Itulah penjelasan penyampai radio Fizi Ali selepas tular video yang mendakwa dia seperti mahu mengorat seorang wanita di platform TikTok malam tadi.
BACA: “Wanita Itu Hanya Kawan, Dia Bukan Punca…” - Fizi Ali Jawab Isu Cepat Move On, Laju Cari Pengganti
#2. Alha Alfa rimas selalu ditanya mengenai Zara Zya.
Jurusolek selebriti terkenal Datuk Seri Alha Alfa mengakui berasa sedikit rimas apabila ada dalam kalangan peminat dan pengikut media sosialnya bertanyakan soal berkaitan hubungannya dengan pelakon Zara Zya.
BACA: Alha Alfa Rimas Bila Peminat Tanya Bila Nak Meminang Zara Zya - "Kadang-Kadang Tergelak Sama ..."
#3. Yonnyboii ditegur tak pandai bimbing isteri
Isteri kepada penyanyi rap Yonnyboii, Nik Nazira tidak terkesan dengan komen-komen negatif dan kecaman netizen terhadapnya ekoran imej terkini yang tidak lagi bertudung.
BACA: Yonnyboii Ditegur Tak Pandai Bimbing Isteri, Nik Nazira Tak Sentap Dengan Netizen - "Nak Tegur Doa Baik-Baik"
#4. Fendy Bakri tempelak dakyah srikandi ‘Perawat Makrifat’
Fendy meminta orang ramai supaya membuat laporan terhadap wanita yang melabel dirinya sebagai perawat makrifat dan srikandi ghaib agar tiada yang taksub dengan segala kepercayaan yang ada.
BACA: “Guna Lagu Mawi Panggil Bunian” - Fendy Bakri Tempelak Dakyah Srikandi ‘Perawat Makrifat’, Pejam Mata Sampai Mekah?
#5. Syafiqah Aina muntah kalau Hafiz Mahamad nak bermanja.
Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syafiqah Aina disahkan hamil.
BACA: Hamil, Syafiqah Aina Muntah Kalau Hafiz Mahamad Nak Bermanja - "Lain Sangat Pembawakan Hero Dalam Perut Tu"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live