,
Laman Utama

Hamil, Syafiqah Aina Muntah Kalau Hafiz Mahamad Nak Bermanja - "Lain Sangat Pembawakan Hero Dalam Perut Tu"

Amri Hassan
11/03/2022
02:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syafiqah Aina disahkan hamil.
Tidak memaklumkan secara terperinci usia kandungan, kata Hafiz, isterinya itu melalui pengalaman alahan yang berbeza berbanding kehamilan pertamanya.
"Lain sangat pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat.
"Lately ni, Kalau saya nak manja atau duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya.
"Dari dulu, kalau isteri pregnant saya promise dekat dia, 'saya takkan pernah skip untuk teman dia pergi checkup'," kongsi Hafiz di Instagram.
Bagaimanapun, Hafiz terpaksa akur biarpun berat hati meninggalkan Aina yang sedang berbadan dua untuk menguruskan perniagaannya dan berkemungkinan akan ke Indonesia pada Ramadan kelak.
"Insya-Allah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri check up. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ni.
"Insya-Allah, isteri abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik," tambahnya.
Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar