Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."
Firdaus
23/09/2024 05:25 MYT
23/09/2024 05:25 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz selamat menimang cahaya mata kelima, baru-baru ini.
Bagaimanapun, jantina anak kelimanya itu sebelum ini dirahsiakan membuatkan ramai yang mencipta spekulasi bahawa cahaya mata aktor tersebut adalah seorang lelaki.
"Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima," katanya.
Mengulas lanjut, Fizz turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan berhubung kelahiran dipermudahkan dan isterinya, Almy Nadia berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
"Kalau nak diikutkan tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
"Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
"Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
"Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter," ujarnya.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Bagaimanapun, jantina anak kelimanya itu sebelum ini dirahsiakan membuatkan ramai yang mencipta spekulasi bahawa cahaya mata aktor tersebut adalah seorang lelaki.
Dedah Jantina Anak
Susulan itu, demi menghentikan khabar angin, Fizz menerangkan dia telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan dan selamat dilahirkan pada Rabu lalu."Kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima...
"Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki."Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima," katanya.
Mengulas lanjut, Fizz turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan berhubung kelahiran dipermudahkan dan isterinya, Almy Nadia berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
"Kalau nak diikutkan tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
"Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
"Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
"Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter," ujarnya.
BERITA TRENDING: Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kelima
BERITA TRENDING: Isu Majlis Graduasi Sekolah Di Hotel, Fizz Fairuz: “Beli Bag, Kasut Mahal Boleh Takkan Untuk Anak Berkira”
BERITA TRENDING: Ditegur Pendakwah, Fizz Fairuz Nafi Filemnya Cerita Tentang ‘Pondan’
BERITA TRENDING: Kesal Dengan Kenyataan Fizz Fairuz, Seniman Tampil Jawab Tuduhan Tiada Perkeso Untuk Penggiat Seni - “Ia Sedikit Sebanyak Menjejaskan…”
Untuk info, Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.