Gaya Hidup

#FoodiesLife: Ada 2,500 Seat! Selain Dapat Rasa Air Tangan Karl Shafek, Ini Sebab Anda Perlu Berbuka Puasa Di Maha Bufet 2024

Amri Hassan
10/02/2024
09:35 MYT
Bulan Ramadan menjelang tidak lama lagi, pasti ramai yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa di sekitar Kuala Lumpur.
Lari daripada suasana sesak dan parking penuh, Maha Buffet 2024 yang terletak di Maeps, Serdang adalah pilihan ideal korang!
Selain daripada lokasi yang strategik, tempat letak kereta yang luas, Maha Buffet 2024 turut menyediakan lebih kurang 2,500 tempat duduk untuk menjamu selera.
Bukan itu saja, lebih 200 menu disediakan hasil air tangan cef selebriti terkenal Karl Shafek dengan kolaborasi bersama Restoran Mek Kimbong dan Experiment Kitchen.
Maha Buffet bakal berlangsung mulai 14 Mac hingga 8 April 2024 seawal 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari.
Kata Karl Shafek yang turut dilantik sebagai duta untuk pesta makanan berkonsepkan street food di bawah satu bumbung itu, dia teruja menantikan kedatangan Ramadan tahun ini.
"Pada mulanya saya agak terkejut dengan pemilihan ini tetapi saya sangat teruja kerana makanan dan masakan cukup dekat dengan diri saya.
"Bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya meneroka bidang kulinari dengan cara yang berbeza daripada biasa. Saya tidak sabar untuk bertemu semua tetamu di Maha Buffet 2024," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, tambah pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman dan pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim Yahaya pihaknya mensasarkan kehadiran lebih 54,000 pengunjung kali ini.
"Kami merasakan sangat penting untuk tetamu dapat menikmati hidangan yang dimasak dan resipi oleh Karl Shafek sendiri kerana jarang peminat dapat merasa masakan artis kesayangan mereka.
"Ruang dewan yang cukup besar juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain antaranya ruang mainan gergasi untuk kanak-kanak, ruang solat jemaah yang luas, game station percuma untuk remaja, gerai beli belah kelengkapan hari raya di Bazar Gadis, hari potong rambut barber percuma serta photobooth dengan kamera 360 yang boleh dijadikan kenangan terindah buat tetamu.
"Kami sangat mementingkan keselesaan pelanggan terutamanya mereka yang ada anak kecil jadi kami harapkan ruang seperti Kids Playland akan membantu ibu bapa makan dengan tenang dan tidak perlu risaukan keselamatan anak-anak mereka," ujar Muhammad Hazim.
Sementara itu, Khairul Amilin berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya persembahan di pentas utama.
Pelanggan boleh merancang untuk menyambut hari lahir di situ serta pilihan untuk makan di tempat duduk VIP dengar kadar bayaran yang berpatutan.
Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.
Istimewa lagi Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket pemerbangan dan hadiah utama merupakan kereta mister yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung.
Kami turut mengalu-alukan tajaan tuna dan infaq daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak vatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati hidangan kami.
Tempahan untuk slot menikmati juadah di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM49.90 ( kanak-kanak) dan RM89.90 ( dewasa).
Bagi harga tempat duduk VIP (pelbagai keistimewaan) adalah RM149.90 (dewasa) dan RM89.90 (kanak-kanak). Namun anda boleh berjimat sehingga RM10 lebih rendah daripada harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.
Hubungi 017-3340319 untuk menempah slot anda sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101

gempak
23/07/2024
18:41 MYT
Syarikat eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster baru-baru ini mengumumkan pensijilan Halal rasmi yang diperolehi.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

gempak
15/07/2024
11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.