Terkini

#FOODIESLIFE: Highway Ampang Yong Tau Foo Bakal Ditutup Pada 8 Februari Depan Selepas 48 Tahun Beroperasi

gempak
Gempak
15/01/2024
11:43 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Highway Ampang Yong Tau Foo Bakal Ditutup Pada 8 Februari Depan Selepas 48 Tahun Beroperasi
Suatu ketika dahulu, restoran Highway Ampang Yong Tau Foo pernah menjadi tumpuan orang ramai, khususnya buat peminat Yong Tau Fu yang inginkan hidangan dengan harga berpatutan dan sedap.
Berada berdekatan Hotel Flamingo, Ampang, Selangor, restoran Highway Ampang Yong Tau Foo terpaksa berpindah ke sebuah rumah di Kuala Ampang bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan bagi membangunkan Sungai Besi–Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) Highway.
Highway Ampang Yong Tau Foo cukup popular disebabkan sup tulang ikan dan pes ikan yang dihasilkan sendiri menggunakan isi ikan parang premium.
Begitupun, disebabkan kos sewa yang meningkat dari RM900 setahun bagi tapak komersial sebelum ini kepada RM2,000 setiap enam bulan menyebabkan pemilik restoran, Elaine Siow terpaksa ‘mengaku kalah’ dan memutuskan untuk meletakkan noktah pada perniagaannya.
Selepas 48 tahun beroperasi, Ampang Highway Yong Tau Foo hanya akan beroperasi sehingga 8 Februari depan.
Sungguhpun terpaksa menampung biaya sewa yang tinggi, namun, Ampang Highway Yong Tau Foo tetap mengekalkan harga makanan yang dijual.
“Kami bukanlah berfikiran bisnes. Kami ingin semua orang datang ke sini dan makan, bukan hanya orang ‘kaya’ yang mampu bayar RM2 untuk satu hidangan.
“Kami menjual makanan kami pada harga RM1,50. Ada pelanggan yang ambil dua mangkuk nasi dan tiga piring yong tau foo dengan harga RM6 hingga RM9. Ada juga yang kami tidak kenakan bayaran untuk teh cina yang dipesan oleh mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh FMT.
Highway Ampang Yong Tau Foo terletak di 2, Lorong Awan 1, Kuala Ampang, Ampang dan dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Sumber: FMT
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live