Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

Gempak
11/08/2024 13:55 MYT
Tahukah anda, ada beberapa makanan yang tidak selamat dimakan oleh ibu hamil. Bagaiman dengan udang? Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:

Makan udang masak
Wanita yang sedang hamil boleh menikmati udang, asalkan mereka tidak mengalami alahan dan udang yang mereka makan dimasak dengan sempurna.

Memetik Healthline, kehamilan boleh merosakkan sistem imun, jadi apabila wanita hamil makan makanan laut yang kurang masak, mereka berisiko mendapat penyakit.

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kenapa ‘Clean Eating’ Tak Selalunya Bagus?

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

Bukan sahaja berbahaya untuk ibu, makan makanan laut mentah atau kurang masak juga boleh membahayakan janin yang dikandung.

Hadkan jumlah
Makanan laut mengandungi jumlah merkuri yang berbeza-beza. Udang merupakan makanan laut yang mempunyai kadar merkuri yang rendah, jadi ia boleh dimakan oleh ibu hamil.

Namun, kerana ia masih mengandungi merkuri, penggunaan udang mesti kekal terhad. Wanita hamil hanya perlu mengambil kira-kira 8 hingga 12 auns udang seminggu.

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

​ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

Hal ini kerana, merkuri dalam udang merupakan logam toksik yang boleh melintasi plasenta dan sampai ke janin.

Menurut Verywell Health, merkuri boleh menyebabkan kecacatan kongenital pada bayi seperti cerebral palsy, masalah ingatan, masalah kemahiran motor halus dan pemikiran kognitif.

Jadi, adalah penting untuk mengehadkan penggunaan udang untuk wanita hamil.

Sumber: Kompas

#Ibu Hamil #FoodiesLife #Udang