Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

Amri Hassan
15/07/2024 11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.

Kata pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan, menu Mie Ayam Bakso K-pop itu didatangkan dengan mi berwarna merah jambu sebagai tarikan kepada pelanggan.

"Seperti semua tahu penggemar budaya K-pop ini pelbagai. Bukan saja pada bidang muzik dan fesyen, tapi juga makanan. Jadi, atas sebab itu saya memilih untuk memperkenalkan menu K-pop ini.

"Menu ini memang nampak moden sikit sebab mi itu berwarna merah jambu. Pendek kata, kita menggabungkan eleman tradisional dan moden dalam makanan.

"Namun, kita masih mengekalkan ciri khas makanan sedia ada iaitu bahan yang digunakan dibuat sendiri. Malah, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dibuat dalam tempoh empat bulan. Apabila dah sempurna dari segi rasa, baharu ia dilancarkan," katanya.

BERITA TRENDING: You Know Nothing About Cooking: Semakin Handal Sherry Alhadad Masak, Ini Resipi Penuh Mi Rebus

BERITA TRENDING: Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Pelancong Indonesia Bayar RM15 Untuk Sepinggan Indomie Di Jalan Alor

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Tip Mudah Untuk Jadikan Penyediaan Mi Segera Lebih Sihat

Melanjutkan bicara, perniagaan yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu berkonsepkan kios.

"Kalau di Indonesia, makanan mi ayam dan bakso ini kebanyakannya dijual di pinggir jalan. Ia memang popular dengan konsep perniagaan sebegitu.

"Jadi, apabila saya membuka perniagaan ini saya mahu mengekalkan ciri asal seperti street food," katanya.

Menurutnya, dia menyasarkan 10 cawangan lagi dibuka sepanjang tahun ini.

Empat cawangan sedia ada berada di Citta Mall, Aeon Mall Shah Alam, Aeon Mall Setia City Mall dan Aeon One Utama.
#Viral #Gaya Hidup #Makanan #Pink #Mi #Merah Jambu #Mie Ayam Bakso Bogor