Nampaknya, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad dilihat sudah semakin handal di dapur dan untuk episod kali ini dia akan masak menu mi rebus.

Dengan tunjuk ajar daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa, Sherry kini sudah semakin pandai memasak tau.

Untuk tetamu kali ini, pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Mierul Aiman akan mencuba masakan itu.

Korang rasa Mierul Aiman akan suka dengan masakan Sherry ke tak ya?

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh mi rebus.

Bahan-bahan kuah :

Tulang daging lembu, bawang putih, halia, bawang merah, rempah kurma, rempah kari daging, keledek, mee kuning, tahu, cili hijau, telur rebus, limau kasturi dan tauge,

Bahan-Bahan kerepek :

Bawang putih, buah keras, udang kering, tepung gandum, tepung beras, kunyit, kapur, minyak masak dan garam.

Proses kuah :

Rebus tulang daging lembu, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia, lalu masukkan rempah kurma dan rempah kari daging. Kemudian masukan keledek (yang dah di rebus dan di kisar). Masukan air rebusan tulang dan tulang daging ke dalam bahan tumisan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Celur mee kuning.

Proses kerepek :

Tumbuk bawang putih, udang kering, buah keras, kemudian campurkan dengan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, kapur. Celup adunan dengan senduk dan goreng dalam minyak yang panas.

Hiasan : Tahu digoreng, telur rebus, cili hijau, tauge dan limau kasturi.