GAYA HIDUP
#FoodiesLife: Sajian Klasik Negeri Sembilan Untuk Berbuka Puasa, Peria Tawarkan Harga Serendah RM98 Sahaja
Jika anda masih mencari lokasi berbuka puasa sepanjang Ramadan ini, apa kata kunjungi Peria di dash Box Cyberjaya.
Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Peria menjanjikan pengalaman berbuka yang autentik dengan sajian klasik Negeri Sembilan yang dimasak mengikut resepi turun-temurun.
Dengan harga serendah RM98 seorang, anda boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had.
Lebih menarik, warga emas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah layak menikmati diskaun 50%.
Dengan Santapan Senjan anda boleh menikmati pelbagai juadah istimewa antaranya Daging Salai Masak Lomak Cili Api, Asam Pedas Tetel, Ayam Masak Kicap, Ayam Sambal Merah, Siakap Goreng Bawang dan banyak lagi.
Bagi peminat makanan panggang, Peria turut menyediakan Kambing Golek yang dibakar segar untuk anda.
Bukan itu sahaja, untuk melengkapkan pengalaman berbuka, tetamu juga boleh menikmati hidangan seperti Mee Goreng Ampangan, Rojak Buah, dan Ayam Bakar Simpang Petang.
Akhir sekali, Peria turut menyajikan sajian pencuci mulut seperti hirisan buah-buahan, aneka kuih-muih, serta bubur manis menutup santapan dengan penuh kenikmatan.
Bagi tetamu yang ingin membuat tempahan, Bufet Ramadan di Peria Cyberjaya menawarkan harga serendah RM98 bagi setiap pax.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang penuh dengan rasa dan kehangatan di Peria dash Box Cyberjaya. Tempah sekarang untuk menjamin tempat anda!
Must-Watch Video