Sebut sahaja nama Khairul Aming sudah pasti ramai mengingati ungkapan pengenalan wajib “Hey what’s up guys” yang disebut pada awal video tutorial masakannya.

Selain masakan, keperibadian personaliti media sosial ini juga amat disenangi pengikut media sosial.

Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman yang berasal dari Kelantan ini dikenali sebagai seorang yang ramah dan bijak menggunakan platform media sosial sebagai jalan untuk menyebarkan ilmu tidak kira sama asa dari segi masakan mahu pun isu semasa.

Namun kali ini #Foodieslife tidak mahu berbicara mengenai resipi yang dikongsikan Khairul Aming sebaliknya memberikan sedikit kelainan dengan membawakan anda untuk melihat bagaimana jejaka 29 tahun menyediakan studio barunya.

Menariknya, studio itu dihasilkan dengan mengubah suai bilik tidur utama manakala tenaga kerja yang digunakan pula adalah bersama sahabat yang juga merupakan rakan serumahnya.

Malah menurul Khairul Aming juga selepas ini video masakannya akan diberi nafas baharu.

Kalau sebelum ini pun dah best, bayangkan selepas adanya studio baru confirm letop kan?

Sehingga artikel ini ditulis, video make over itu sudah pun menerima lebih 1 juta tontonan.

Di sini #Foodieslife kongsikan video tersebut, manalah tahu kalau-kalau boleh jadi inspirasi kita kan?

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)