Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”
Asyikin Mayudin
14/11/2024 04:55 MYT
14/11/2024 04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Foto disunting
Menerusi hantaran di Instagram, Alif atau nama sebenarnya turut memuat naik paparan skrin memperlihatkan gambar dirinya dalam keadaan bergari dan mata lebam yang telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Risau Jenayah Seksual Libatkan Kanak-Kanak - "Saya Memang Ajar Anak Saya Untuk ..."
ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar
Menganggap perkembangan teknologi masa kini satu perkara yang bagus, Alif bagaimana pun berkata ia telah disalahgunakan oleh segelintir pihak dengan bertujuan untuk menjatuhkan imej seseorang.
“Hai korang, Alif perasan sejak akhir-akhir ini banyak gila berita palsu termasuklah gambar-gambar fasal saya.
“Zaman sekarang ini penggunaan ‘Artificial Intelligence’ (AI) memang best tetapi ia juga boleh menjadi fitnah kepada seseorang dan boleh bagi impak negatif kepada imej mereka,” katanya.
Jangan terpedaya
Pada perkongsian yang sama, pelakon drama Dia Semanis Honey ini juga memohon orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan mana-mana berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa ketika ini.
“Jadi kalau korang nampak benda pelik- pelik fasal Alif ke, fasal ahli keluarga korang ke apa ke, jalankan tugas korang untuk buat report.
“Korang tengok macam ini, aku pula kena hahaha. Pelik betul zaman sekarang. Jadi, korang doa banyak banyak, kita berada di zaman fitnah. Sentiasa berjaga-jaga,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas
ARTIKEL BERKAITAN: Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”
Rata-rata netizen turut memaklumkan mereka menyedari akan penyebaran berita palsu melibatkan selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.