Hiburan
“Saya Rasa Sama Ada Seseorang Itu Suami Atau Tidak, Kita…” - Selesa Berlakon Bersama Alif Satar, Sophia Albarakbah Tetap Jaga Batas
Pelakon, Sophia Albarakbah akui selesa digandingkan bersama aktor, Alif Satar dalam filem ‘Reeza GTR’.
Menurut Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 31, Alif mempunyai aura yang tersendiri selain merupakan pelakon yang sangat professional sepanjang penggambaran filem berlangsung.
“Alif seorang pelakon yang profesional dan dia sangat positif.
“Semua orang yang berlakon dengannya dapat merasakan auranya yang tersendiri dan dia juga sememangnya sangat berbakat,” ujarnya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Malam Gala Eksklusif Reeza GTR bertempat di GSC Mid Valley Kuala Lumpur pada Jumaat.
BERITA TRENDING: Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
BERITA TRENDING: Masih Terima Komen Negatif, Sophia Dedah Perlu Jumpa Pakar Kerana Siber Buli
BERITA TRENDING: Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih
BERITA TRENDING: “Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah
Dalam pada itu, Sophia juga turut menyatakan rasa teruja untuk bekerjasama dengan Alif sekali lagi jika diberi peluang pada masa hadapan.
“Apa yang boleh saya katakan, dia tidak perlu berusaha keras (try hard) untuk menjayakan watak.
“Berlakon dengan Alif sangat menyeronokkan dan saya merasakan dia sangat berbakat.
“Jika diberi peluang untuk berlakon bersama Alif Satar lagi, saya pasti akan menerimanya,” katanya.
Jaga nama baik
Tambah Sophia lagi, sebagai seorang pelakon dia juga cuba untuk menjaga nama baik Alif memandangkan pelakon itu sudah berstatus suami orang.
“Saya rasa, sama ada seseorang itu suami atau tidak, kita perlu menjaga batas kerana dia adalah dari jantina yang berlawanan.
“Selagi kami fokus kepada watak dan menjaga tingkah laku, itu sudah memadai untuk menjayakan watak tersebut,” jelasnya.
Sekadar info, filem Reeza GTR menampilkan barisan pelakon hebat seperti Alif Satar, Sophia Albarakbah, Noki K-Clique, Nelissa Nizam, Mas Anizan, dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton pada 17 Oktober nanti di seluruh Malaysia dan Brunei.
Must-Watch Video