Khabar duka mengiringi Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' apabila dimaklumkan lebih 25 mati secara tiba-tiba.

Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram milik Syukor hari ini.
Difahamkan kejadian itu berlaku mungkin disebabkan musim wabak yang melanda kampung mereka.

“Dugaan besar buat kami sekeluarga... Mungkin sekarang musim wabak... Kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir...” maklumnya.

Dugaan besar buat kami sekeluarga... mungkin sekarang musim wabak...kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir...

A post shared by SYUKOR KHAMIS-KAMPUNG BOY(ori) (@syukor_khamis) on


Dalam pada itu, jurugambar Dallah Deen Photography juga memaklumkan keluarga Syukor kini berada dalam keadaan sedih.

Dallah juga menerusi akaun Instagramnya berkongsi beberapa foto hasil bidikannya yang menunjukkan emosi sedih Syukor sewaktu berada di kandang kerbau kesayangannya.

“Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.

“Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.

“Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini,” tulisnya.

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut. Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini.

A post shared by Dallah Deen Photography (@dallahdeen) on


Paling sayu apabila melihat Syukor terduduk disisi kerbau yang tidak bernyawa sambil memandang sekeliling di mana kerbau diternak mati bergelimpangan.

Tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih dan berharap Syukor serta keluarga tabah menghadapi situasi tersebut.

“Allahuakhbar, semoga keluarga adik Syukor tabah dan bersabar di dalam dugaan ini, semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga adik shukor diganti dengan rezeki yang lebih baik. Aamiin,” tulis @amhadzri_

“Allahhu... Semoga adik sekeluarga tabah ya... Kami sentiasa mendoakan agar Allah melindungi adik dan keluarga dunia akhirat,” doa @hazel_wahab

Terdahulu, Syukor terkenal dengan gelaran Mowgli Malaysia selepas foto yang diambil oleh Mohd Nazri berjaya merangkul anugerah Street/People Photographer of The Year Asian Geographic – Image of Asia 2018 dan Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.

Foto tersebut merakamkan Syukor bersama kerbau perliharaannya.

BACA: Kebanggaan Negara! Gambar 'Mowgli Malaysia' Terpilih Dipamerkan Di Rome Dan...