Laman Utama
[FOTO]: Meskipun Berskala Kecil, Pembukan Temasya Sukan Olimpik Tokyo Tetap Meriah!
Meskipun berskala kecil disebabkan pandemik COVID-19 yang belum berakhir, pembuka tirai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung dengan penuh kemeriahan malam tadi.
Majlis pembukaan itu ternyata memukau dengan pertunjukan berteknologi tinggi, pertunjukan dron, bunga api diikuti persembahan muzikal.
Negara-negara yang mengambil bahagian berarak memasuki stadium diketuai Greece yang merupakan tuan rumah pertama Sukan Olimpik.
Untuk mematuhi aspek keselamatan, Stadium Olimpik tersebut hanya dihadiri oleh kurang 1,000 orang kenamaan di mana kapasiti sebenarnya memuatkan 68,000 penonton.
Selain itu, bilangan peserta yang mengambil bahagian juga mengalami pengurangan ekoran pandemik global, yang jelas, semua hadirin terpaksa memakai pelitup muka dalam stadium berkenaan.
Jom saksikan beberapa foto memukau ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung.
Pertunjukan bunga api dari pandangan atas Stadium Olimpik. Foto - REUTERS
Petunjukan dron menambahkan lagi warna dan kemeriahan. Foto - REUTERS
Pemain tenis terkenal Jepun, Naomi Osaka memegang obor Olimpic selepas menyalakan kawah besar di belakangnya. Foto - REUTERS
Bendera Jepun dinaikkan ketika acara pembukaan. Foto - REUTERS
Foto persembahan. Foto - REUTERS
Kontinjen Malaysia seramai 13 peserta diketuai pemain badminton Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, merupakan negara ke-177 berarak masuk ke stadium. Foto - REUTERS
Pembawa bendera Malia Paseka dan Pita Taufatofua dari Tonga yang mengetuai kontigen mereka ketika perhimbunan para atlet. Foto - REUTERS
Untuk kontijen Malaysia, atlet lelaki dan pegawai memakai Baju Melayu lengkap bertanjak yang diinspirasikan daripada pahlawan Melayu, Laksamana Hang Tuah.
Atlet wanita pula memakai baju kurung, lengkap berdokoh dan rekaan pakaian direka sepadan dengan persalinan lelaki.
Rekaan tersebut dihasilkan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan menampilkan corak geometri warna yang diadaptasi daripada bendera Malaysia.
Perbarisan Malaysia turut disertai penerjun negara Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yen Yee, perenang Phee Jinq En dan Welson Sim; gimnastik Farah Ann Abdul Hadi serta Ketua Sekretariat Malaysia Datuk Nazifuddin Mohd Najib.
Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tertangguh selama setahun.
Terdahulu, Tokyo pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 1964.
Temasya Sukan kali ini akan berakhir secara rasmi pada 8 Ogos setelah negeri matahari terbit itu menyerahkan baton kepada Perancis selaku tuan rumah Sukan Olimpik Paris 2024.
Sumber: BERNAMA
Must-Watch Video