Belum reda isu kilang tauhu kotor, kini sekali lagi rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita kurang enak dengan keadaan kilang memproses mi di Segambut.

Dengan tikus yang berkeliaran di tempat pemprosesan makanan, najis haiwan di merata tempat, lantai dan dinding tempat penyediaan makanan yang kotor dan berdaki selain tandas di dalam premis juga berbau.





Menerusi laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis dan Harian Metro, pekerja warga asing kilang itu juga didapati tidak mempunyai suntikan tifoid, tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan.

Malah peralatan, kelengkapan dan mesin pemprosesan makanan juga berada dalam keadaan kotor serta using.

Selain itu, lokasi dan juga keadaan struktur premis juga tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

Bagaimanapun, tindakan penutupan premis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 diambil terhadap kilang berkenaan berkuatkuasa hari ini.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto sekitar premis berkenaan.