Laman Utama

[FOTO]: “Tetap Tunggu Ayah Balik Baru Keluar” – Baru Pulang Berjuang Untuk Negara, Isteri Hadiahkan Ziyad Zolkefli Baby Ketiga

gempak
Mya Amri
11/08/2022
07:10 MYT
Sponsor Banner
[FOTO]: “Tetap Tunggu Ayah Balik Baru Keluar” – Baru Pulang Berjuang Untuk Negara, Isteri Hadiahkan Ziyad Zolkefli Baby Ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang ke tanah air selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN, Solo, Indonesia.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Ziyad menyatakan rasa syukur selepas isterinya, Zafirah Nasir selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
Ziyad juga mengakui rasa gemuruh sewaktu diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya dengan bantuan doktor.
“Alhamdulillah, pengalaman ini yang paling berharga dalam seumur hidup. Dapat menyambut anak sendiri kalau nak diceritakan memang sangat gemuruh.
“Tapi di sisi saya ada seorang doktor professional yang selalu menjaga saya. Terima kasih memberikan pengalaman yang tak dapat di tukar ganti,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain, Ziyad juga turut berkongsi momen manis dengan memuat naik beberapa foto wajah anak ketiganya.
“Anak tunggu ayah pulang dari para asean Solo, Indonesia tetap tunggu ayah balik juga baru keluar. Diberikan kesempatan untuk berada di sini yang tersayang @zafira_nasir dan terima kasih doktor Khamsiah memberikan pegalaman yang berharga,” coretnya.
Terdahulu, Ziyad dan Zafira mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Zuhayra Zafra,5 dan Thariq Zavier, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live