Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[FOTO] Uqasha Senrose Anjur Bridal Shower, Bridesmaid Dapat Rantai Loket Setiap Seorang!

Amri Hassan
06/10/2021 05:20 MYT
Selepas Kamal Adli berkongsi sesi fitting bersama dua pereka fesyen terkenal tempatan kelmarin, giliran tunangnya pula, Uqasha Senrose menganjurkan bridal shower.

BACA: Kamal Adli Fitting Baju, Pernikahan Dengan Uqasha Senrose Macam Tak Lama Dah Ni!

Majlis ringkas namun meriah itu dihadiri oleh adik-beradiknya, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose serta sepupunya semalam.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah restoran terkenal di ibu kota, Uqasha menghadiahkan mereka dengan rantai loket yang dilekatkan gambarnya.

"Rantai ini untuk my bridemaids," kata Uqasha sambil memakaikan rantai berkenaan kepada sepupunya, Aprena Manrose.

Sementara itu, Kamal dalam satu hantaran di Instagram turut berkongsi ucapan istimewa buat tunangnya. Tulis Kamal; "So cantik. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan."

A post shared by K.A (@kamaladli)


Kamal dan Uqasha telah selamt melangsungkan pertunangan pada April lalu dan sepatutnya bernikah pada Jun di pusat peranginan tanah tinggi.

Bagaimanapun, majlis mereka terpaksa ditunda ke tarikh yang belum dimaklumkan lagi.



#pelakon #Kahwin #Uqasha Senrose #Nikah #Kamal Adli #Raysha Rizrose #Nelydia Senrose #Tunang #Restoran #Bridal Shower #Aprena Manrose
;