Laman Utama
Frederick Lee Tercalon Di Anugerah Festival TV & Filem New York 2021
Pelakon Malaysia, Frederick Lee telah dicalonkan bagi kategori Persembahan Terbaik oleh aktor di Anugerah Festival TV & Filem New York 2021, lapor New Straits Times.
Pelakon yang berpangkalan di Taiwan itu menerima pencalonan untuk wataknya sebagai pembunuh bersiri dalam siri jenayah Singapura, Mind's Eye.
"Tersenarai dalam pencalonan adalah baik dan mendapat kemenangan itu lebih baik, tetapi apa yang mendorong saya adalah kepuasan apabila dipuji oleh penonton filem antarabangsa dan pengkritik filem untuk lakonan yang telah saya lakukan," kata aktor berusia 44 tahun itu.
Frederick yang merupakan adik kepada pelakon Malaysia yang berpangkalan di Singapura, Christopher Lee dan adik ipar pelakon pemenang anugerah Singapura, Fann Wong, kini sibuk mempromosikan drama terbarunya Trinity Of Shadows.
Dalam pada itu, dia memberitahu akan berlakon lebih banyak drama Melayu dan Inggeris, supaya dapat meningkatkan penguasaannya terhadap bahasa kebangsaan.
"Saya harus berusaha untuk memperbaiki bahasa kebangsaan saya agar dapat cemerlang dalam filem dan drama Melayu dan Inggeris," katanya kepada NST.
Tambah Frederick, dia merindui keluarganya di Malaysia dan berharap dapat mengunjungi mereka setelah sekatan perjalanan COVID-19 dikurangkan.
Sumber: New Straits Times
Must-Watch Video