Skip to main content

Selebriti

Banyak Kes Jenayah Di Sekolah, Fazley Yaakob; - “Semoga Tidak Ada Pihak Salahkan Drama Atau Filem Tempatan”

Banyak Kes Jenayah Di Sekolah, Fazley Yaakob; - “Semoga Tidak Ada Pihak Salahkan Drama Atau Filem Tempatan”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah di sekolah yang melibatkan kecederaan dan kematian.
  • Beliau menegaskan agar kes-kes tersebut tidak dikaitkan dengan drama atau filem tempatan dan mengingatkan supaya tidak mencari kambing hitam secara mudah.
  • Fazley juga menekankan pentingnya memahami kesihatan mental pelajar dan meneliti latar belakang penceramah program motivasi di sekolah.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil bersuara mengenai kes jenayah yang berlaku di sekolah dan menyifatkan keadaan itu semakin membimbangkan.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berharap agar kes-kes berkenaan tidak dikaitkan dengan drama atau filem tempatan.

Advertisement

“Terlalu banyak kes-kes jenayah di sekolah, sejak kebelakangan ini. Kes serangan sehingga mencederakan dan hilang nyawa.

“Semoga tidak ada pihak yang salahkan drama dan filem tempatan pula. Jangan mudah mencari kambing hitam apabila ada masalah begini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Fazley turut menekankan kepentingan memahami kesejahteraan dan kesihatan mental pelajar bagi mengenal pasti punca yang memberi kesan kepada mereka.

Advertisement

Malah, Fazley turut berpendapat latar belakang penceramah yang dijemput ke sekolah juga perlu diteliti terlebih dahulu termasuk bagi program motivasi.

“‘Mental health’ pelajar perlu kita fahami! Apa punca mereka tertekan, circle kawan-kawan atau keluarga di rumah? Jika nak buat program motivasi sekali pun, perlu banyak kali semak semula latar belakang penceramah,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement