Skip to main content

Berita Tempatan

"Teruskan Bermimpi" - Menang Miss Universe Malaysia Pada Usia 37 Tahun, Eunice Wong Mahu Buktikan Usia Bukan Penghalang

"Teruskan Bermimpi" - Menang Miss Universe Malaysia Pada Usia 37 Tahun, Eunice Wong Mahu Buktikan Usia Bukan Penghalang

Sekilas

  • Eunice Wong, usahawan berusia 37 tahun dari Johor, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026 dan akan mewakili Malaysia di Puerto Rico bulan depan.
  • Beliau menekankan pentingnya terus mengejar impian tanpa mengira latar belakang atau persekitaran, serta menghargai sokongan rakyat Malaysia sepanjang pertandingan.
  • Eunice berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk membanggakan negara dan akan memulakan persiapan segera selepas kemenangannya.
Advertisement

Usia dan pengalaman bukan penghalang untuk mengejar impian apabila usahawan berusia 37 tahun, Eunice Wong dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026.

Eunice menewaskan 12 finalis lain pada malam kemuncak pertandingan itu sebelum menyarungkan mahkota ‘Star of the East’ dan bakal mewakili Malaysia di Miss Universe 2026 di Puerto Rico, bulan depan.

Advertisement

Bercakap selepas kemenangannya, Eunice mengakui bersyukur segala usaha dan pengorbanan sepanjang menyertai pertandingan tersebut akhirnya membuahkan hasil.

Malah, wanita kelahiran Johor itu berharap kejayaannya dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk terus mengejar impian tanpa menjadikan latar belakang atau keadaan sekeliling sebagai penghalang.

“Saya percaya bahawa di mana pun kita berada, sama ada tinggal di luar negara atau datang dari pekan kecil, persekitaran tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kita pergi lebih jauh.

“Teruskan bermimpi, bekerja keras dan melangkah ke hadapan kerana Tuhan akan sentiasa membuka jalan,” katanya.

Eunice turut menghargai sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus memberikan kata semangat sepanjang perjalanannya dalam pertandingan itu.

Advertisement

Menggalas tanggungjawab baharu sebagai wakil negara, Eunice bertekad membawa semangat ‘Malaysia Boleh’ ketika beraksi di Puerto Rico.

“Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik dan membanggakan Malaysia di Puerto Rico, sambil membawa pulang satu pencapaian untuk negara,” katanya.

Eunice dijadualkan memulakan persiapan bagi pertandingan Miss Universe 2026 sejurus selepas kemenangannya.

Pada malam kemuncak, Sapphire Wong yang juga ibu kepada tiga cahaya mata diumumkan sebagai naib juara pertama, manakala Amreet Kaur dan Emanuelle Mah masing masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Foto: Misso Malaysia, Bernama Lifestyle

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Must Watch Video

Advertisement