Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 27, merupakan antara Instafamous popular paling digemari netizen kerana sikapnya yang peramah serta lawak yang bersahaja ketika melakukan video masakan.
Terbaru, netizen mula membuat permintaan kepada Aplikasi Panduan Arah, Laporan Trafik dan Navigasi GPS (Waze) untuk menjadikan suara Khairul Aming sebagai suara perantara aplikasi berkenaan.
Menerusi tinjauan di laman Twitter, netizen sudah mula membuat ‘tweet’ lucu sekiranya impian mereka untuk mendengar suara Khairul Aming menjadi kenyataan.
I nak suara khairulaming dalam Waze please.
— Pia (@_epiphiany) May 26, 2019
Hey wassap geng hari ini kita akan travel ke Terengganu, jom kita start https://t.co/8R0qf22thI
Pastu bila kita sesat dia cakap "I try to find it but i couldn't, i can not find it. Okay jom patah balik, selamat memanduuuu."
— zeewai. (@zulaikhayusoffs) May 27, 2019
Rata-rata netizen menyatakan rasa senang hati mendengar suara dan intonasi Khairul Aming yang lucu dan menyebabkan pemanduan tidak akan berasa bosan.
I read the captions and the replies in my head with his voice?
— nad (@nadiabkr_) May 27, 2019
Bayangkan setiap tempat jammed dia cakap "kan aku dah cakap baik duduk rumah.. bernanah la telinga lagi2 musim raya ?
— youfoundme:) (@aralein_) May 27, 2019
Mst rasa tenang je memandu ditemani suara khairulaming
— Min Tha-Mee (@im_mi2) May 27, 2019
Tidak kurang juga ada yang sudah mula meluahkan hasrat mereka dengan menulis tweet tersebut kepada laman Twitter @waze.
Hye @waze , tolong masukkan suara @khairulaming dalam apps. Kami nak mulakan perjalanan kami dengan “hey what’s up guys jom kita gerak”
— muii (@muihjudin) May 27, 2019
@waze we want @khairulaming voice in the app please
— Ridzwan Ghazali (@ridzwan_24) May 27, 2019
HHAAHAHA @khairulaming patut adaa dalam wazee @waze pleasee
— pipäh ✨ (@fahlupii) May 27, 2019
Wow cuba bayangkan seandainya impian tersebut jadi kenyataan? Mesti lucu kan?