,
Hiburan

Fuh! Pentingnya Wi-Fi…Kenapa? How Not To Lose Your Job Episod 4 Ada Jawapannya!

Fiza Kamarudin
22/06/2020
14:38 MYT
Tahu tak Wi-Fi merupakan singkatan dari Wireless Fidelity iaitu sebuah media penghantar komunikasi data tanpa kabel yang boleh digunakan untuk komunikasi atau memindahkan program dan data dengan kemampuan yang sangat cepat?
Di era millennial, tanpa jaringan Wi-Fi rasa macam tak lengkap hari kita kan? Mana tidaknya ramai di antara kita memilih untuk lepak di Café yang ada Wi-Fi percuma! Betul tak?
Pentingnya Wi-Fi untuk kita pada hari ini kerana mudah nak akses maklumat walau di mana saja kita berada, terutama bagi mereka yang berkerja secara mobil contohnya pemberita. Mereka perlu cepat dalam melaporkan berita, lebih-lebih lagi kalau ia sensasi atau Boss sedang mengejar deadline! Nak atau tak nak, kenalah cari tempat yang ada Wi-Fi (kalau kat rumah tak ada).
Lagi pun ramai yang prefer Wi-Fi percuma sebab nak jimat data telefon! Kalau dah terpaksa sangat, barulah masing-masing guna…(Baik mengaku)!
Dalam episode empat sitkom komedi How Not To Lose Your Job membuktikan betapa pentingnya jaringan Wi-Fi terutama di pejabat.
Jangan jadi macam pejabat Miss JJ, Boss kedekut dan berkira sampai tumpang Wi-Fi orang lain. Akhirnya staff kena keluar dan cari Wi-Fi kerana masing-masing tak nak gunakan data telefon (Boss tak bagi claim…ish!)
Mujurlah, Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) pekerja dedikasi! Sanggup keluar dari pejabat semata-mata nak cari Wi-Fi.
Terpaksalah, sebab Boss nak juga berita sensasi untuk gerakkan portal baru dan mereka kena bekerja keras untuk buktikan kepada Boss yang skandal mengenai seorang orang kenamaan adalah benar.
Apa How Not To Lose Your Job episode keempat ini? Dan kenapa semua marah sangat pada Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal)? Jom tonton sekarang:
[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 4 - Bawang Inc Diuji Lagi!
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tiro Rancang Nak Buat Sitkom, Ikut Jejak Langkah Senario

gempak
19/01/2022
07:52 MYT
Macam kumpulan Senario dulu-dulu...
Laman Utama

Jangan Lepaskan, Ini 5 Momen Menarik Dalam Friends: The Reunion

gempak
27/05/2021
06:45 MYT
Friends: The Reunion secara eksklusif menerusi HBO GO pada 27 Mei ini jam 3.01 petang
Laman Utama

Lisa Kudrow Pecah Rahsia Friends: The Reunion

gempak
24/05/2021
05:50 MYT
Friends : The Reunion akan ditayangkan pada 27 Mei di HBO GO
Gaya Hidup

Tanda-tanda Penat Bekerja Dan Kena Mintak Cuti Dengan Boss!

gempak
14/07/2020
14:20 MYT
Gaya Hidup

How Not To Lose Your Job? Kenalah Seronok Bekerja…Korang Ada Ciri-Ciri Ni Tak?

gempak
09/07/2020
15:09 MYT