Selepas tamat episod ‘terakhir’ Ahli Bapak-Bapak Club (ABBC) malam tadi, tanda pagar drama tersebut menjadi trending dan berada di kedudukan ketiga Malaysia trends di Twitter.

Rata-rata komen menyatakan rasa tidak sabar menunggu episod terakhir ABBC, yang dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Steve Yap dan Luqman Hafidz itu.

Namun, antara nama yang paling kerap diciap ialah Fir watak dipegang Amir Masdi yang mementingkan diri sendiri.

Lakonan Amir Masdi juga mendapat pujian warga Twitter kerana watak Fir dilihat menjadi walaupun ia merupakan percubaan kali pertama penyanyi tersebut dalam bidang lakonan.

Selain itu, peminat drama yang mengangkat tema bapa dan lelaki itu dilanjutkan sehingga musim kedua.

Warga Twitter juga turut mengharapkan penamat ABBC pada minggu hadapan berakhir dengan ‘happy ending’.

Apapun, mesti ramai yang dah tak sabar-sabar nak tengok bagaimana pengakhiran kisah Nik (Steve Yap) dan Fisya (Maria Farida).

Adakah bekas suami Fisya, Qadir (Datuk Fizz Fairuz) benar-benar akan menjadi tetamu jemputan mereka dalam rancangan ‘The House’ musim terbaharu?

Nantikan kesudahan kisah tiga bapak ini dalam episod akhir bahagian 2 #AhliBapakBapakClub pada Rabu, 28 Julai pukul 9.30 malam.