Peminat bintang K Pop, G-Dragon mungkin boleh menarik nafas lega selepas anggota Big Bang tersebut akhirnya memberi respons mengenai kontroversi dadah membabitkan dirinya.

G-Dragon menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan menafikan dakwaan dirinya mengambil dadah.

Dia juga menafikan mempunyai kaitan dengan laporan kes dadah yang sedang dalam siasatan.

“Saya Kwon Jo Yong atau G-Dragon menafikan dakwaan penyalah gunaan dadah terhadap saya.

“Saya tidak mengambil dadah. Saya juga tiada kena mengena dengan laporan yang disiarkan media,” tulisnya menerusi kenyataan yang disiarkan di Soompi.

Selebriti berusia 35 tahun tersebut bagaimanapun mengatakan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

“Saya akan tetap memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” ujarnya lagi.

Pada 25 Oktober lalu, nama G-Dragon disebut sebagai salah seorang selebriti yang terkait dengan rangkaian penyalah gunaan dadah oleh pelakon filem Parasit, Lee Sun-kyun.

BERITA TRENDING: G-Dragon Disiasat Isu Penyalahgunaan Dadah, YG Entertainment Tetap Beri Kenyataan​