Laman Utama

#G, The Untold Story: Lalui Isu Body Shaming Sejak Zaman Sekolah Sherry Alhadad: "Selflove & Jangan Fake"

gempak
Maliah Surip
01/03/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
#G, The Untold Story: Lalui Isu Body Shaming Sejak Zaman Sekolah Sherry Alhadad: "Selflove & Jangan Fake"
Satu hal yang tidak boleh dipisahkan dengan Sherry Alhadad, wanita penghibur yang kini 'disayangi' hampir semua cabang hiburan tempatan adalah 'kuasa'.
Melalui 'kuasa' percaya untuk tidak patah semangat, kuasa untuk terus bekerja keras dan kuasa untuk membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan, Sherry saat ini menguasai hampir semua bidang seni yang diceburi; dari lakonan, pengacara dan kini bergabung dengan Johan, Hanif dan Ray menerusi segmen JOHARARY Pagi ERA menjadi karier baharunya bermula hari ini.
Edisi kedua #G, The Untold Story berbicara dengan Sherry Alhadad atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad yang membuka sisi hidup sebagai seorang yang memiliki ciri women empowerment atau pemerkasaan wanita selaras dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2021 yang jatuh pada 8 Mac 2021 dan cinta di kehidupannya.
G: Tahun 2021 menjadikan jadual kerja Sherry bertambah padat. Tidak hanya di layar kaca dan sangat mencuit hati dengan watak Puan Suhana dalam Gempak Original Series, The Maid, anda kini beralih ke konti. Tahniah di atas persepakatan kerjasama di konti ERA bermula hari ini. SHERRY: Sebenarnya tawaran berada di konti atau menjadi personaliti deejay radio telah saya dapat sejak tahun 2014 lagi. Tapi waktu itu saya perlu berfikir dan tahu menguruskan karier kerana saya masuk ke dalam industri pada usia 32 tahun. Saya waktu ini masih berfikir tentang impian menjadi pelakon. Jika menerima tawaran deejay dengan perlu di konti setiap hari, sukar untuk saya melakukan kerja lain seperti berlakon dan menjadi pengacara. Saya tahu komitmen dalam konti sangat tinggi, tapi tahun 2021, saya sudah melalui perjalanan jadi pelakon, mengacara pelbagai program dan apabila mendapat offer menjadi personaliti radio. Setiap kali mendapat tawaran melakukan kerja baharu, saya akan fikir 'mampukah aku melakukan tanggungjawab ini'. Jadi 2021, saya rasa sudah cukup sedia untuk melangkah ke arena atau platform pekerjaan lain iaitu radio.
G: Putaran anda dalam lapangan ini hampir lengkap sebagai pelaku seni, dari dunia pementasan teater kepada layar lebar, komedi dan kini hanya dengan suara, orang sudah bisa kenal Sherry. Adakah ini impian sejak kecil atau ditanam sewaktu di Aswara atau sebenarnya ia mengalir cantik seiring matangnya anda dalam ranah dunia seni ini? SHERRY: Ini adalah impian seawal 5 tahun, saya suka menghiburkan orang. Orang panggil menyanyi menari ke apa, saya akan buat on the spot, itu seingat saya. Masuk sekolah tadika, sekolah rendah suka perform. Bakat diasah di sekolah menengah. Kemudian masuk ke Aswara yang membuat saya menjadi insan memilih kekuatan saya, oh di genre komedi. Saya tak layak nak gelar diri pelawak, pada saya title itu terlalu besar, tapi saya boleh melakukan cerita cerita komedi. Berlakon adalah impian saya dan mengacara adalah batu loncatan. Jadi deejay pula ada rasa nervous tapi sangat mengujakan.
G: Gempak memilih Sherry kerana melihat anda memiliki ciri tepat mewakili tema New norm & women Empowerment sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini. Macam mana anda mahu beri nasihat kepada golongan wanita walau apapun keadaan, selalulah jangan mengalah? SHERRY: Kepada semua wanita, paling penting adalah selflove. Cintai diri sendiri sebab kalau kita tak cintai diri sendiri macam mana nak membenarkan orang lain mencintai kita. Cinta itu bukanlah dari konteks percintaan lelaki dan perempuan, tapi kita kenal diri, perwatakan sebelum orang kenal kita. Be yourself, jangan fake, fikir dan pegang pada kekuatan. Jangan mengalah dan jadi mangsa jika orang mahu menjatuhkan kita. Jangan berdendam, tapi jadikan motivasi maju ke hadapan.
G: Hal yang paling istimewa menjadi wanita berbanding lelaki? SHERRY: Sebenarnya istiwewa lelaki ke wanita adalah menjadi diri sendiri. Tapi istimewanya wanita berbanding lelaki adalah boleh melahirkan zuriat, itulah keistimewaan wanita.
G: Tokoh wanita yang paling anda sanjungi? SHERRY: Tentulah ibu saya. Beliau adalah tokoh wanita yang paling saya sanjungi, apa lagi menoleh ke belakang, ibu mengambil alih tanggungjawab ayah yang meninggal dunia sejak saya berusia 9 tahun. Bayangkan dari seorang suri rumah, beliau kemudian membesarkan kami dan mencari rezeki untuk kami adik beradik yang kesemuanya perempuan tanpa bantuan orang lain.
G: Dari mana anda mengumpulkan keyakinan diri bahawa fizikal tak menentukan kejayaan seseorang dalam bidang seni. Ia seperti Sherry telah memecahkan taboo bahawa pakej lengkap itu kunci jadi terkenal dan sukses dalam dunia ini? SHERRY: Secara konvensional untuk berada di kaca tv, peran utama dalam satu program, kalau nak ada di depan, kena ada rupa paras menarik. Stigma macam tu. Tapi saya bukan orang pertama pecahkan taboo sebab zaman saya jadi penonton, sudah banyak pelaku seni yang memecah taboo ini. Kalau kita tengok zaman P. Ramlee dulu pun tak ada rupa, tapi banyak yang hebat. Kebetulan pada tahun ini, generasi ini, keberadaan saya di depan labar tak memiliki pakej seperti stigma masyarakat. Kita sendiri yang memainkan peranan penting bukan hanya satu kelompok sahaja diberi peluang. Sebenarnya pendidikan itu kita yang beri kerana penonton hanya menonton apa yang diberi kerana pada saya sudah tiba masanya kita tunjukkan bakat bakat yang ada di Malaysia tak kiralah dari mana latar belakangnya.
G: Isu body shaming. Kurus salah, gempal diperlekeh. Gigi, rambut sampailah ke bentuk kuku misalnya pun boleh dijadikan isu oleh netizen pada masa kini. Ibaratnya jangan sampai tak kritik. Ayuh kita lakukan dan anda juga melalui ini. Bagaimana menafikan semua body shaming yang dilemparkan supaya anda bangun setiap hari dengan semangat? SHERRY: Body shaming ini saya dah lalui dari zaman sekolah lagi, tapi tak pernah mematahkan semangat untuk jadi lemah. Memperlekehkan fizikal orang seperti dijadikan bahan komedi di kaca tv misalnya sudah seperti menjadi kebiasaan. Kita yang keluar di kaca tv sebenarnya memberikan contoh yang sangat besar. Kalau baik, baiklah penerimaan semua. Itulah tugas kita apabila tindakan kita tersilap langkah, orang akan ikut. Berikanlah contoh yang terbaik. Mungkin kita rasa komedi, tapi ia akan menyebabkan kanak kanak rasa betul dan boleh buat perkara itu (body shaming) pada masa akan datang.
G: Apakah yang lebih 'membunuh' anda. Berat badan yang mendadak naik atau pekerjaan yang berkurangan? SHERRY: Jawapannya adalah berat badan yang mendadak naik sebab sedangkan dengan berat badan sekarangs aya sukar lakukan kerja, kalau naik lagi nanti kerja akan berkurangan jika tidak sihat.
G: Maaf menyentuh tentang usia. Sudah masuk 37, terbilang ranum. Bagaimana kalau cinta datang menyapa atau sebenarnya sekarang sudah punya cinta? Hanya saja jodoh pernikahannya masih rahsia? SHERRY: Tahun ini saya menginjak 37 tahun dan dikelilingi banyak orang positif. Bercakap mengenai jodoh, dulu cakap rancang hidup 25 kahwin, 26 dapat anak dah nampak masa depan, kita rancang. Saya tak pernah mempersoalkan lambat jodoh atau belum berkahwin, saya rasa setiap yang berlaku dalam hidup ada jawapan dan kena lihat secara positif. Apabila tak berkahwin lagi saya tak rasa malu atau tersisih kerana kawan lain yang sudah berkahwin. Saya juga tak kecil hati kalau ada yang cakap pasal kahwin atau anak anak. Kalau saya belum berkahwin Allah bagi saya tanggungjawab. Buat masa ini saya belum bertemu jodoh atau sudah punya pasangan hidup.
G: Cinta monyet anda pada usia berapa dan apa saktinya cinta buat manusia? SHERRY: Masa zaman sekolah dulu biasalah ada suka pada seseorang. Saktinya cinta, kasih sayang. Cinta sangat subjektif boleh jatuh ke Allah, Rasul, manusia, alam sekirar. Saktinya kalau kita percaya dan tanamkan penuh kasih sayang.
G: Anda selalu terlihat ceria. Ketawa dan menghiburkan. Bagaimana menyimpan kesedihan dan kemarahan? SHERRY: Saya suka benda positif, kalau kawan kawan gaduh, saya akan jadi peace maker. Saya nak keadaan menjadi baik. Saya Scorpio, saya jarang marah. Tapi kalau marah, nanti meletup macam singa. Saya marah, saya salurkan dengan makan. Kalau sedih, saya suka sendiri dan tak suka orang tahu. Saya akan ambil masa untuk beritahu saya bersedih kerana saya akan fikir dahulu adakah kesedihan ini remeh atau tidak. Saya akan salurkan kesedihan dalam kereta, waktu ini saya akan ada episod cerita Sembilu dalam kereta.
G: Peran Suhana dalam The Maid sangat mengesankan dan membawa penonton geram dengan gerak tubuh dan bahasa anda. Bagaimana selalunya anda mencari ilham membina keseluruhan karakter? SHERRY: Saya ambil look Suhana dari arwah Azean Irdawaty. Intonasi dari drama Astana Idaman sementara vokal dan intonasi saya follow arwah Maimun Mutalib. Setiap yang saya buat saya akan tengok inspirasi dari karakter di sekeliling. Pelakon teater akan selalu observe apa yang elok. Sebagai pelakon yang baik, peniruan adalah sangat bagus selain kita menciptanya sendiri.
G: Bercakap tentang The Maid. Di drama Gempak Original Series ini anda menjadi isteri pertama dan punya tiga madu. Adakah pernah terfikir jika anda mungkin bermadu. Bukan yang pertama tapi mungkin kedua atau ketiga. Setuju? Atau rela solo selamanya? SHERRY: Siapalah saya nak jawab soalan ni tapi kalau boleh dijauhkan, dijauhkanlah.
G: Tahun paling sukar bagi anda? SHERRY: Tahun 2010, sewaktu baru habis degree dalam bidang teater. Waktu itu muda lagi dan masih mencari hala tuju. Banyak pergi audisi tapi kena reject. Nak jadi pelakon pun sukar dapat tempat dalam industri. Macam saya selalu cakap kena selalu berusaha. Sudah belajar tiga tahun diploma dan tiga tahun degree, sudah guna duit mak banyak, saya fikir payah macam mana nak membentuk hidup. Waktu itu mak tak tahu saya susah. Hanya kawan kawan tahu dan banyak bantu kewangan serta memberi kata semangat.
G: Tips buat wanita berbadan gempal atau apapun juga fizikal dalam berfesyen? SHERRY: To all the ladies out there, curvylicious, teruskan berfesyen tapi kena faham tubuh badan kita sendiri. Antara tips yang selalu saya beri, jangan pakai baju bercorak besar. Kurangkan yang corak berserabut. Saya selalu tolak taboo dan pakai warna yang disuka yang menarik. Tips ketiga adalah pilih corak atau garisan, garisan memanjang jangan melintang, nanti lebih besar. Ilusion sangat penting dalam berfesyen.
G: Satu sikap aneh anda yang banyak tidak diketahui orang? SHERRY: Saya suka berlakon dalam kereta, tak tahu kenapa. Semua buat dan berlakon dalam kereta.
G: Bagaimana anda mahu dikenang dalam bidang seni? SHERRY: Saya sebenarnya mahu dikenang sebagai penghibur. Motif utama memang nak jadi pelakon dan kebetulan dalam genre komedi. Ya saya bermula dengan teater, kalau boleh nak orang lihat sisi berbeza itu dalam bidang teater. Impian saya adalah untuk menerapkan teater dalam sistem pembelajaran di sekolah. Ya, selain penghibur, saya sebenarnya ada impian menjadi guru yang mengajar kanak kanak di sekolah mengenai teater.
Kredit Foto: Rizman Ruzaini Instagram: @sherry_alhadad
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live