Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Gabungan Ayah & Ibu Saya” - Syamim Farid Rebranding Nama, Kini Jadi Syamim Freida

Umirah Halim
21/09/2024 11:55 MYT

Selepas hampir satu tahun menyepi, pelakon, To' Puan Syamim Farid membuat keputusan untuk menjenamakan dirinya semula dengan menggunakan nama komersil terbaharu iaitu Syamim Freida.

Gabungan nama ibu & bapa

Menurut Syamim, perkataan ‘Freida’ itu diperoleh daripada gabungan nama ibu, Zuraida dan ayahnya, Farid.

“Untuk tahun ini saya mahu rebrand guna nama Syamim Freida. Tiada lagi Syamim Farid kerana saya mahu gunakan Syamim Freida.

“Fr itu nama ayah saya Farid dan ida tu pula adalah nama ibu saya, Zuraida,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura,

Dalam pada itu, naib juara program Dewi Remaja 2014/15 ini juga memaklumkan penukaran nama tersebut dibuat atas alasan mahu kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan ingin lebih dikenali sebagai Syamim Freida.

“Tujuan saya sempena tahun ke 10 dalam industri, saya juga ada perancangan dalam kerjaya saya tak lama lagi, saya rasa ini merupakan masa terbaik saya rebranding nama.

“Saya akan mula berlakon balik, saya ada filem baharu, perlahan-lahan saya mahu membuat kemunculan semula.

“Tetapi nama ini saya belum umumkan lagi kepada orang ramai, belum secara rasmi cuma baru tukar di Instagram sahaja,” katanya.

Bercakap mengenai karier seni, buat julung kalinya Syamim bakal bergabung bersama Adriana Adnan dan Uyaina Arshad dalam rancangan Tiga Is3.

Tiga Is3 akan berkongsi banyak kisah menarik terutamanya tentang rumah tangga dan kehidupan harian berdepan dengan situasi semasa yang semakin mencabar.

Diterbitkan oleh FYP Media, Tiga Is3 akan mula ditayangkan pada 22 September sempena Wife Appreciation Day yang disambut pada minggu ketiga bulan September.

Sebagai permulaan, tiga episod akan ditayangkan setiap hari Ahad, jam 5 petang menerusi YouTube FYP Media.

#Syamim Farid #NAMA #Tukar Nama #Rebranding #freida #syamim