Baru-baru ini telah berlangsungnya showcase UND3RGROUND yang menggabungkan tiga band gergasi Malaysia iaitu Bunkface, Hujan dan Butterfingers sempena menyambut ulang tahun ke-15 Hitman Group.

Jom ‘recap’ detik-detik menarik sepanjang konsert UND3RGROUND berlangsung:

1. 3 Band di atas satu pentas

Pembukaan tirai konsert yang membuatkan adrenalin pengunjung mengalir deras di mana ketiga-tiga band Bunkface, Hujan dan Butterfingers menggegarkan pentas dengan persembahan energetik mereka di atas satu pentas.

2. Himpunkan 6,000 peminat



Showcase UND3RGROUND yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon berjaya menghimpunkan sebanyak 6,000 pengunjung dari setiap ‘fanbase’ band iaitu Raingers (Hujan), Bunkers (Bunkface), dan Royal Butter (Butterfingers).

3. Masalah teknikal ‘bunuh’ sistem audio



Kehangatan konsert UND3RGROUND kemudiannya terhenti apabila berlakunya masalah teknikal yang ‘membunuh’ sistem audio semasa persembahan Bunkface. Namun, situasi berjaya dikawal Sam dengan baik.

4. Butterfingers bersatu dengan Hujan



Sesuatu yang tidak terjangka apabila band Hujan bersatu bersama Butterfingers menerusi lagu Ngilu dan Obsesi.

5. Butterfingers kuasai pentas

‘Pelopor’ muzik grunge Malaysia, Butterfingers menghadiahkan pengunjung dengan lagu-lagu terkenal mereka seperti Royal Jelly, Moksha, Garden City of Lights, Chrome Girl Friday, Faculties of The Mind, Selamat Tinggal Dunia Taman Tasik Perdana dan Tentang-Tentang.