Seorang gadis membuat suasana di sebuah perkampungan menjadi kecoh selepas melakukan ‘kerja gila’ apabila memanjat pencawang dengan ketinggian 80 meter.

Gadis yang namanya tidak dinyatakan berbuat demikian selepas bertengkar dengan kekasihnya di telefon.

Kejadian yang berlaku di daerah Chhattisgarh, India tersebut terjadi pada awal bulan lalu, lapor India News.

Menurut kronologi, gadis tersebut memanjat pencawang di Gaurela Pendra Marwahi, Chhattisgarh beberapa jam selepas bertengkar dengan kekasihnya.

Lebih parah, teman lelakinya juga dilihat turut memanjat pencawang sama dan terjadilah ‘drama’ pujuk memujuk sehingga menerima bantuan daripada pihak polis.

‘Drama’ tersebut kemudian ditonton oleh keluarga dan orang kampung sebelum video pasangan kekasih yang berada di atas pencawang tersebut tersebar di media sosial.

Difahamkan pihak berkuasa mengambil masa yang lama memujuk keduanya turun daripada pencawang.

Kedua-duanya kemudian diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Meski tiada tindakan diambil, pihak polis menasihatkan agar perbuatan tersebut tidak terjadi lagi atas faktor keselamatan diri dan berbahaya.