Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gaduh Rebut Parking Sampai Viral, 2 Wanita Ditahan Polis

Gempak
02/08/2024 08:46 MYT
Akibat berebut tempat meletak kenderaan, dua wanita ditahan polis bagi membantu siasatan.

Berebut tempat parkir

Memetik laporan Harian Metro, penahanan kedua wanita berusia 25 dan 38 tahun itu dibuat semalam, sejurus dua wanita berkenaan membuat laporan polis pada Isnin dan Selasa lalu berhubung insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan letak kenderaan sebuah pasar raya.

"Punca kejadian adalah disebabkan perasaan tidak berpuas hati dengan perebutan tempat parkir," katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook (FB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Kedah pada Jumaat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Buka Mulut Isu Tular Foto Dicium Aktor Indonesia

BERITA TRENDING: Bapa Tak Cukup Duit Hantar Anak, Pensyarah Sanggup Bantu Pelajar Daftar Politeknik - “Saya Tanya Kenapa Tak Ikut Sama…”


"Dalam pada itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian mewujudkan apa-apa komen dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya atau mengugut atau mengganggu orang lain.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

BERITA TRENDING: Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

BERITA TRENDING: Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”


Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh serta mengeluarkan perkataan kesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya.

Sumber: Harian Metro

#Polis #Tular #Gaduh #Tahan #Parking #Rebut