HIBURAN

Gagal Temui Jalan Penyelesaian, Nora Ariffin Nekad Failkan Cerai Terhadap Suami - “Hal Ini Berikutan Wujudnya Campur Tangan…”

Asyikin Mayudin 17/04/2025 | 06:49 MYT
Dilihat sudah tiada lagi jalan penyelesaian, penyanyi Datuk Nora Ariffin nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Nekad bercerai

Menerusi kenyataan kepada media, Nora memberitahu dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan masalah rumah tangga mereka namun gagal menemui jalan penyelesain yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nora Dakwa Difitnah Isteri Pertama! - "Hakikatnya Wujud Desakan Sehingga Saya Ceraikan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Nora Ariffin Akhirnya Bersuara, Nafi Dakwaan Paksa Suami Ceraikan Isteri Kedua - “Selama Ini Saya Memilih Untuk Berdiam Diri…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Doa Ustazah Akan Termakbul” - Didesak Berpisah Dengan Suami, Nora Ariffin Cuba Tunai Hajat Isteri Pertama

“Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga kami telah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.

“Malah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang telah bergiat sekian lama dalam industri muzik.

“Dengan dukacita, saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan perceraian terhadap suami saya, Dr Rushdi,” kongsinya.

Campur tangan

Kata Nora, keputusan itu dibuat disebabkan wujudnya campur tangan daripada pihak ketiga sehingga mendakwa rumah tangganya tidak dapat diteruskan dengan aman.

Bakal fail cerai pada Isnin depan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, apa yang berlaku juga memberi kesan kepada keselamatan sehingga membawa kepada pengabaian.

“Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman.

“Malah, turut memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian. Justeru, permohonan perceraian ini akan difailkan pada 21 April 2025 bersama Peguam Syarie daripada Tetuan Sarah Ali & Co,” ujarnya.

Status rumah tangga

Dalam pada itu, Nora menjelaskan tujuan dia berkongsi kenyataan rasmi kerana mahu memberi penjelasan mengenai situasi rumah tangganya.

“Sidang media ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap keadaan yang sebenar, menghentikan spekulasi serta kenyataan secara terbuka dan penuh hormat kepada semua pihak yang terlibat.

“Atas faktor keterdesakan dan kebaikan semua pihak, saya tetap bersama keputusan saya bagi meneruskan tindakan perceraian ini,” katanya.

#Nora Ariffin #cerai #Fail Cerai #Dr Rushdi Ramli #Suami Nora Ariffin