Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gaji Content Creator Cecah Puluhan Ribu Ringgit, Dr Say Dedah Pernah Terima ...

Khairil Khusyairi
23/08/2024 09:55 MYT
Selebriti media sosial Dr Say mendedahkan dia ada menerima bayaran sebagai pembuat kandungan atau 'content creator' yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Dr Say Pernah Terima

Bercakap kepada Gempak, Dr Say memaklumkan golongan 'content creator' perlu tahu bayaran yang ditetapkan mereka agar setimpal dengan setiap kandungan yang dicipta.

"Mengenai gaji content creator yang mencecah puluhan ribu ringgit, terus terang cerita saya ada terima.

"Tetapi bila kita terima amaun tersebut kita perlu declare, kita sebagai content creator kita kena tahu nilai diri kita, bernilai berapa.

"Jadi janganlah semata-mata kita nak sapu semua, kita letak harga yang murah dan susah di kemudian hari," dedahnya.

Amaun Berbaloi & Masuk Akal

Jelas Dr Say lagi, amaun yang diterimanya tersebut bukanlah bayaran untuk sebuah kandungan sahaja tetapi banyak.

Malah, Dr Say menyifatkan amaun tersebut adalah setimpal dan berbaloi.

"Ia bukan seperti buat satu video dapat berpuluh ribu, tidak. Yang saya dapat itu seperti kontrak untuk buat enam buah video, boleh lah dapat berpuluh ribu.

"Ia sangat berbaloi bagi saya, orang ingat perkara ini senang seperti ambil telefon dan terus rakam video. Tetapi kita perlu fikir content, storyline, editing dan sebagainya.

"Jadi bagi saya, munasabah dan masuk akal saja berpuluh ribu," jelasnya.

Tiada Pihak Selia

Dr Say turut mendedahkan kadar bayaran yang ditetapkannya bagi sebuah acara yang dihadirinya.

"Untuk event appearance saya akan caj sebanyak RM10,000.

"RM10,000 itu hanya untuk datang event sahaja, dan ada masa yang ditetapkan seperti 4 jam saja.

"Rata-ratanya pempengaruh lain juga begitu, cuma kita masih tiada lagi badan berwajib yang mengawal perkara ini. Ia tetap jadi rahsia, agak sukar sedikit lah," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah - “Bila Sebut CCTV, Dia...”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Shazril ‘Terduduk’ Bila Tahu Gaji ‘Content Creator’ Cecah RM80,000 Untuk 3 Konten - “Tiada Lagi Badan Yang Menyelia & Mengawal Harga…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”

#Gaji #Dr Say #Content Creator #Event #Pencipta kandungan #Puluhan ribu