Hiburan
Gambar Aliff Aziz Bersama Wanita Cantik? Ini Respon Bella Astilah!
Bella Astilah akui tidak terkesan dengan provokasi yang dilakukan sesetengah netizen yang cuba mengaitkan kehidupan bekas suaminya Aliff Aziz dengan dirinya.
Berkongsi luahan itu menerusi Instagram Story (Instastory), Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 mendedahkan terdapat segelintir netizen cuba melakukan provokasi terhadap dirinya berhubung gambar terbaru Aliff bersama seorang gadis.
Menurut Bella, secara jujur dia tidak kisah dengan apa dilakukan Aliff memandangkan mereka tidak lagi mempunyai ikatan sebagai suami isteri.
"Ramai yang mesej secara peribadi di Instagram Bella 'provoke' gambar Alif. Bella tak kisah pun sebab semua tahu yang kita tak ada kena mengena lagi," katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan Alif juga kini adalah hak peribadinya.
"Bella pun kat Malaysia, Aliff di Singapura, so apa yang dia buat itu adalah dirinya.
"Bella ok je," katanya pada Instagram.
Terdahulu, isu provokasi terhadap Bella tercetus apabila Aliff memuat naik foto bersama seorang wanita di Instastory, semalam.
Gambar tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya buat netizen berhubung status sebenar mereka.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 2.
Namun selepas pelbagai episod kecurangan Aliff terbongkar, pasangan itu berpisah pada 16 Mei lalu.
Must-Watch Video