,
Hiburan

Gambar Keluarga Diguna Tanpa Kebenaran, Fauzi Nawawi Bagi Amaran! – “Delete Atau Saya Buat Laporan Polis”

Amri Hassan
24/12/2020
01:15 MYT
Pelakon Fauzi Nawawi memberikan amaran keras kepada sebuah akaun Facebook yang menyiarkan gambar keluarganya tanpa kebenaran.
Kata Fauzi, dia memberikan tempoh 12 jam kepada pengendali akaun Facebook berkenaan untuk memadamkan gambar keluarganya.
"Saya tak suka nak marah-marah pepagi ni tapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan nafsu amarah orang lain dengan buat kerja tak betul ni.
"Pada akaun Facebook dan Instagram yang saya post ni tolong delete gambar saya dan family yang tak ada kena mengena dengan pelaburan anda kami tak tahu menahu pun tentang pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat untuk menarik minat pelabur.
" Kalau minta izin at least kami tahu. Kalau pelaburan tu sejenis scammer!!?? Apa jadi pada pelabur dan keluarga saya?
"Saya minta sangat account ni didelete dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan polis," tulisnya.
Jelas Fauzi, dia tidak kisah seandainya foto dia dan keluarga digunakan untuk tujuan bermanfaat.
“Saya tak kisah kalau gambar kami digunakan untuk tujuan promosi produk atau program yang manfaat! Tapi jangan salah gunakan
"Saya berterima kasih pada yang tolong beritahu saya tentang akaun-akaun palsu yang menguna pakai gambar artis dan selebriti.
"Saya harap sangat anda semua beri kerjasama pada kami sebelum lebih ramai lagi yang teraniaya," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

gempak
23/09/2024
23:13 MYT
Polis Britain masih memburu seorang lelaki yang gemar membuang air besar di laluan milik jirannya.
Berita

Helaian Janggut Dalam Bekas Khas Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISB

gempak
23/09/2024
18:45 MYT
Helaian janggut yang disimpan di dalam bekas khas adalah antara barang yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia dalam serbuan Op Global fasa empat di sebuah rumah milik pengurusan tertinggi Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Rawang, Sabtu lepas.
Berita

Kes Kematian Nidza Afham Kekal Sebagai Mati Mengejut, Tiada Unsur Jenayah

gempak
22/09/2024
08:25 MYT
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Berita

Op Global: Kronologi Kes GISBH Setakat 21 September

gempak
22/09/2024
05:55 MYT
Hari ini polis melaksanakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.